Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel
Memaparkan catatan dengan label My Recipe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Recipe. Papar semua catatan

Khamis, 20 Julai 2017

Resepi : Puding Caramel @ Gula Hangus

Assalamualaikum and Hellloooooooo !!! Sawadikkap !! 👋

Okey, nak dipendekkan cerita, 2nd Syawal hari tu I ada buat Puding Caramel yang sangat-sangat simpleeee.. kalau x caya silakan mencuba.. tapi kalau korang ase susah juga tu xtau la I nak cakap apa.. maybe you malas sebenarnya.. hahahahhahaha.. *gelak jahat* 😈

Tadaaaaaa !!! Ni dio hasil Puding Caramel Penuh Cinta... huhuhu ❤

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti (buang tepi roti)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

  • 7 sudu kecil gula  (untuk panaskan sahaja bukan blend)

Kaedah :
  1. Blender semua bahan-bahan di atas. *Roti masukkan paling last dalam blender
  2. Panaskan loyang dengan 7 sudu kecil gula tu guna api kecil je. *WARNING ! Jangan tinggal, hangus nanti.
  3. Lepas nampak gula keperang-perangan, masukkan bahan-bahan blender tadi ke dalam loyang.
  4. Kukus loyang selama 40 min - 1 jam. *Bergantung kepada puding kut. 
  5. Tunggu loyang sejuk. Terbalikkan loyang dalam bekas hidangan.
  6. Sebelum hidang, letak dalam peti sejuk. Kemudian hidang ! 💖


First time buat, gula I hangus beb. Sebab I tinggal kejap je... so pesanan daripada penaja jangan tinggal loyang atas api okay. Kejap je gula tu cair. Tu semua untuk satu bancuhan je. 
Masa buat pudding caramel ni aku perhati kanak-kanak dan orang dewasa pun suka makan. 

Terima kasih kepada kawan baik I, Anoris sebab bagi resepi Puding Caramel ni. 💕

Sekian sahaja coretan I pada malam ini. 📖
Penangan research membuatkan I ada masa untuk berblogging ! Hehehehe ✉

Jumaat, 23 Jun 2017

My Resepi : Ikan Pekasam

Assalamualaikum to all my readers out there.
Yes, now I have a time to update my blog because now I'm in a mid semester break !

So, last time, Nabihah praktikal kat Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
And sebelum tamat praktikal kat sana ada staff yang cakap ada kenalan yang jual ikan pekasam ni.
So, aku pun cuba lah beli lagipun murah sahaja dia jual.


RM 3.00 satu paket.
RM 5.00 dua paket.

Alang-alang nak balik kampung ni, akupun beli lah sebanyak RM 20 (lapan paket).
Lagipun aku bukan makan sorang okay.
Niat aku nak bagi dekat family yang ada di hati ni jugak.

So, hari ni. Ummi Nabihah goreng ikan pekasam ni sebab aku tak pernah makan lagi sebelum ni.
Hahahahaha. Ruginya rasa sebabbbbb bila aku try makan hari ni rupa-rupanya sedappp...
Yummmyyy...
Ikan dia rasa manis je. Mungkin bergantung pada ikan yang digunakan juga kut.
Entah, aku pun tak pasti.

Beza rasanya ikan pekasam dengan ikan kering.
Ye la, nama pun beza.
Ikan pekasam dia tapai dengan beras manakala ikan kering dijemur dengan garam ee ?
Kalau salah perbetulkan ee. Hahahaha. aku tak tahu.
Haaaaa, kalau korang nak kongsikan pengalaman korang boleh la komen kat bawah eee..

FYI, ummi kita goreng ikan pekasam ni dengan masukkan juga sedikit bawang dan lada.
Hehehe, nice to try an ?

Okay, that's all.
Aku minta diri dulu !

Ahad, 18 Disember 2016

My Resepi : Spaghetti Carbonara Simple


Assalamualaikum uoallssss !!

Hari ni sis nak share resepi sis yang paling simple, maybe ?
Simple yang macam mana tu ye ?
Haaa... simple sangat... simple untuk orang yang baru belajar masak macam sis ni...
Alaaa... sis ni time duk rumah selalu jadi pembantu chef kepada Ummi sis.

Tapiiii, spaghetti carbonara ni sis buat sendiri sebab impian nak jadi Chef kepada keluarga sendiri lak nanti. Amboiii... hahahaha...

Okay, okay.. 
Fokus kepada resepi ee.. 
Maaf la, cakap banyak pulak.



Bahan-bahan : ( untuk 1 orang )

  • 1 ulas bawang putih dihiris halus
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 sudu besar Sos Prego Carbonara
  • Segenggam Mee Spaghetti ( San Remo Brand )
  • Beberapa ketul ayam bahagian dada dikerat dadu 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air masak sedikit sahaja


Cara-cara :

1. Perap ayam dengan serbuk black paper sedikit sahaja untuk bagi rasa yang sedap.

2. Rebus mee spaghetti ( San Remo Brand ) selama 15 minit @ sampai korang rasa mee tu dah lembut. 

3. Tos kan mee spaghetti tadi dan gaulkan dengan sedikit marjerin @ minyak zaitun untuk elak melekat.

4. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. 

5. Masukkan ayam yang sudah dikerat dadu dan diperap tadi ke dalam kuali. 

6. Masukkan sos prego dan sedikit air.

7. Setelah siap, curahkan sos tadi ke dalam pinggan yang berisi mee spaghetti.

8. Siap !!! 


Selamat mencuba ! ! 

Rabu, 29 Jun 2016

My Resepi : Biskut Cornflakes Madu



Assalamualaikum ! Hey guys ! 
Macam mana puasa hari ni ?? Harap-harap okay je semua ee.. 

Okay, pagi tadi aku dan ummi aku kerajinan buat biskut raya... (awal ke ?) hehehe
Actually ni first time kitorang buat biskut raya homemade... urm, Alhamdulillah, it's so fun sebab kitorang bertungkus lumus buat biskut ni, agak la berselerak dapur kejap. Hahahaha. 
You will know what I mean if you laluinya sendiri. 

Kitorang sempat buat 2 jenis kuih, first biskut cornflakes madu (sangat x100 mudah) dan biskut siput ? Haaaa.. kenal ke x korang dengan biskut siput ni? Tapi sekarang aku nak share resepi biskut cornflakes madu yang sangat-sangat mudah dulu ee..


Bahan-bahan :
  • 125 gram mentega
  • 1/2 cawan madu
  • 2 sudu makan gula halus (castor)
  • 8 cawan cornflakes (but td my ummi tambah banyak sikit.. heheh)
  • suka hati chocolate rice @ ceri hijau @ ceri merah (utk hiasan) 
Cara-caranya :
1. Masukkan madu dan mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas berisi cornflakes.
2. Gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan hias dengan chocolate rice @ ceri di atasnya.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah F selama 10 min.
5. SIAP !!! 

Okay, simpan dalam bekas utk dihidangkan masa raya nanti ! 


Ahad, 26 Jun 2016

Raya dah dekat katakan...




Assalamualaikum,
Seperti yang kita semua tahu, raya dah nak dekat an ?
That's mean ramai yang tengah sibuk buat biskut raya and kek an ?
So, for me yang tengah cuti semester kat rumah ni amik kesempatan ni nak belajar buat kek !! Yay !! *semangat membara

Actually, aku belajar kek coklat kukus yang paling simple la kut bg yang profesional.
But, for me... untuk first time agak susah jugak la... hahahahaahah..


FYI, kek aku ni rasa (taste) dah okay, but dari segi rupa paras agak fail lah... hahahaha.. 
Ni bukan aku yang perasan tp berdasarkan juri-juri yang mencuba kek aku okay ? 
And, sebab musabab aku belajar buat kek ni nak jadi seorang wanita yang serba boleh ! Haik ! Ganbatte !!! 

Okay, aku xsnap gambar kek aku sebab rupanya agak x cantik, but next time bila dah menjadi, Insya-Allah aku akan snap and share dgn korang eee..
Biasa la first try an ? Jangan lupa sokong aku .. T_T

Deep in my heart, buat kek ni banyak songeh sebenarnya. hehehehe...
But, aku mencuba utk rajin ok ? 

Lepas ni aku nak belajar masak spageti carbonara pulak ! Hehehehe.. 
Bahan-bahan da beli semua... tunggu nak masak je.. 

Okay, thats all. 
Selamat berpuasa guys ! 

Ahad, 4 Mei 2014

My Recipe : Aiskrim buatan sendiri

Assalamualaikum dan Hai kepada semua blogger !
Fuh, sejak lama menyepi sebab xde event hot2 so blog dibiarkan sudah begitu lama erk ??:cry:
Okay, sekarang straight to the point .
Pada hari ini aku ingin kongsikan cara nak buat ais krim sendiri !
Mudah jer tau ! :blink:
Ni versi orang yang xde mesin Baking Stand Mixer tuh or seiring dengannya .
Whatever lah .
So, aku gantikan guna mesin blender .
Oh, sebenarnya ni idea kawan aku sebab aku terkejut dia guna mesin blender jer ?
hahaha . terima kasih untuk info ini . :lol:
BTW jom usha skunk ! Ayok !! :cool:

Bahan-bahan :

# 1 tin susu cair
# 3 sudu besar susu pekat
# 1 biji telur
# 1 sudu tea esen vanilla
# 1 sudu besar ovallet
# perasa (ikut suka = biskut / koko / vanilla or else )

Bahan2 ni aku beli dekat kedai jual bahan bakery jer . 
Senang berbanding you pergi Mall tau . :tink:
* Sebenarnya dalam gambar tu aku lupa masukkan telur . 
Hahaha ! Tapi korang jangan lupa ok ? :face17:

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan tu dalam mesin blender .

2. Blend jer semua tu dalam masa 10 minit (maybe) tapi jangan berterusan sebab you guna mesin blender . So, pandai2 lah stop2 kejap . Then, sambung balik sampai lah 10 minit . 

3. Next, masukkan perasa yang korang nak masukkan tu ke dalam bekas . Gaul untuk sebati dalam bekas tu .

4. Siap ! Letak dalam fridge dan keesokannya boleh la menikmatinya . 

Okay. That's all . Selamat mencuba ! Senang sahaja ! :wink:

Jumaat, 18 April 2014

Ruangan untuk My Recipe !

Assalamualaikum bloggers sekalian !
What a happy day today ? Maybe ? Bwahahahaha !
Oh, sorry . Hodohnya gelak . Hehehe . :cute:

Okay, seperti yang anda lihat . Aku telah menambah satu ruangan My Recipe seperti gambar di bawah ni :

Sebelum :

Selepas :

Hahaha . Tapi kenapa ada Projek Memikat Suami tu ? Owh, sebetulnya aku tak kahwin lagi la . Tapi mungkin ini persediaan untuk kahwin kowt ! Hahaha !:wink:

Ni semestinya pengaruh drama citer Projek Memikat Suami lakonan Emma Maembong kan ? Ngeeee. . .
Ya, saya akuinya ! Hehehe . . :face17: :like:

Owh . . . satu lagi, aku terdetik hati nak buat entry ni sebab semalam aku ada chatting dengan sorang akak ni . Kami berkongsi cerita tentang masakan . Dia macam inspirasi lah pada aku sebab dia rajin sangat memasak ! Dia pandai buat kek malah menjahit manik pun pandai . Untung suami akak nanti . Hehehe . :OMG:

Insya-Allah, kalau aku ada berita pasal masakan nanti akan aku post dalam blog ni selepas mencuba . Tak rugi kan share dengan korang ? Hehehe . :face8:

Dan aku akui , kehidupan sebagai pelajar still xde masa nak masak . So, cuti2 sem ni apa kata jadikan hobi memasak ni untuk mengisi kekosongan yang ada kan ? Hehehe . Okey la, xboleh hurai panjang2 takut tak menjadi pulak ! Kang malu nanti . Hehehe . :silly:

Bye ! Harap korang dapat bagi sokongan mental juga pada saya ye ?! :muah: