Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel
Memaparkan catatan dengan label Pembantu Farmasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembantu Farmasi. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2018

'Be Kind To People'

Assalamualaikum,

Aku sangat suka dengan satu quote ni..

"When you are kind to others, it not only changes you, it changes the world." - Harold Kushner

Betul la kata-kata tu apabila kita baik pada orang, bukan kita je yang berubah tapi dunia turut berubah which is mean people around you get affected too. 

Alhamdulillah, sepanjang bekerja. I get to know a lot of people which is different in attitude. So ni membuatkan kehidupan kita unik ! Sepanjang aku bekerja di unit Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) ni aku terima banyak hadiah and praise from practical student. Kak Bie pom nak berterima kasih pada korang juga sebab banyak membantu Kak Bie selama korang attach di unit SPUB ni.. 






Kepada anak buah Kak Bie :
Terima kasih untuk pertolongan korang and this gift. Kak Bie doakan korang semua berjaya dalam kehidupan. Jangan pernah putus asa okay ! Semoga korang menjadi insan yangberjaya di dunia dan akhirat. Amin. 

*Sebenarnya ada lagi hadiah yang diberikan. Tapi xsempat nak ambil gambar. 

Sabtu, 26 Mac 2016

Kesihatan juga salah satu rezeki daripada Allah.



Assalamualaikum uolls !!
Hari ni, aku nak share pasal rezeki daripada Allah kepada hamba-hambaNya.
Masya-Allah ! Rezeki Allah ni luas tau.

Ada pelbagai jenis rezeki.

Antaranya ialah :
1. Rezeki kesihatan
2. Rezeki harta benda
3. Rezeki ilmu pengetahuan
4. Rezeki kebahagiaan
5. Rezeki rupa bentuk
6. Rezeki makanan
7. dan macam-macam lagi. Tak terkira rasanya.

Alhamdulillah, Allah berikan aku kesihatan yang sihat pada hari ini.
FYI, 2 minggu yang lepas aku kena demam panas.
Astagfirullah, masa tu nak exam mid-term. Allah menguji aku disaat-saat yang genting.
But, aku bersyukur sangat dengan ujian yang diberikan itu aku rasa aku sedar yang aku dah banyak buat dosa-dosa dan lalai dengan duniawi.
Insya-Allah, dengan sakit ini Allah ampunkan dosa-dosa dan aku sedar aku telah banyak melupakan-Nya.

My experience is aku dah makan ubat Paracetamol (PCM) and antibiotik but still my demam x kebas-kebas.
Suhu still 38.7 ºC - 38.2 ºC and badan panas. Lepas tu, sakit tekak.
And the side effect aku makan anti-biotik Amoxicillin + clavulanic acid (Clamentin) is loya, diarhea (cirit-birit) dan ruam (rash) di dalam mulut.
Lagi la bertambah seksa. Nak makan pun tak lalu and aku boleh makan bihun sup je masa tu.

But, my lecture pernah cakap :

"Kesan teraputik lebih banyak daripada kesan sampingan ubat"

Maksudnya, kesan teraputik tu lebih penting dan perlu diambil kira daripada kesan sampingan sesuatu ubat.
Tiada ubat yang tiada kesan sampingan okay ? Alhamdulillah, selepas belajar dalam  bidang farmasi, aku banyak mengetahui tentang ubat-ubatan yang sebelum ni aku tak tahu pun.
Sebab, kadang-kadang salah satu faktor patient tak nak makan ubat dan pulangkan balik ubat di farmasi kerana takut akan side effect ubat contohnya macam aku la. Hahahahahaha.
Actually seronok meneroka ilmu Allah ni. Tak kiralah dalam apa-apa bidang sekalipun.

TAPIIIII.... anti-biotik kau kena makan sampai habis tau.
Kau mungkin rasa kau dah sihat tapi bakteria dalam badan still xmati sebenarnya and KALAU KAU STOP TANPA HABISKAN, bakteria akan jadi rintang (resistance) terhadap ubat and kau kena makan dos yang lebih tinggi bila kes ni terjadi. Haaaa... mana satu kau nak ? Jadi, makan la anti-biotik tu sampai habis tapi sekiranya ada alergi terus jumpa doktor, kay ?

Hurmmmm, so konklusinya.
Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada aku hari ini iaitu kesihatan yang baik. Dengan itu, segala urusan harian aku dipermudahkan. Alhamdulillah.

Aku pernah juga dengar Dr Muhaya kata "Kita kena cemburu dengan amal baik seseorang tu bukan dengan harta yang dia miliki"
Saya setuju ! hehehehe...

Pada pandangan aku, apabila kita dikurniakan harta yang melimpah ruah, of coz kita akan lalai pada Allah kan ? sebab kita rasa kita dah punya segala-galanya. Kita akan lupa diri, riak, sombong and so on. Tambahan pula, bila iman di dada tak cukup kuat konfem guna duit yang sedia ada ke jalan yang tak betul.
Walaubagaimanapun, kita doakan semoga sekiranya kita diberikan rezeki harta benda, kita tidak akan lalai, sentiasa bersyukur dan merendah diri. Dan jangan lupa, sebahagian harta yang kita miliki tu ada hak orang lain... jangan kedekut untuk bersedekah dan memberikan zakat okay ?

Okay, setakat ini sahaja coretan aku pada pagi yang indah ni.
Aku ingat aku nak buat research yang kena hantar hari Isnin ni tapiiiiii.... once aku bukak lappy and wifi ada ni...... urmmmmm... aku nak la update blog cikittt... hehehehehe... da lama xupdate....
Kay ! that's all... see u when I'm free !!
Assalamualaikum !!

Sabtu, 12 Disember 2015

Myself : FlashBack the moment in KSKB SAS

Assalamualaikum ! 
Hai ! hurmmm, looks like my holiday has been decreasing so fast !!! Isk ! Isk ! Isk !
I have a few days more at home.. untuk ternak lemak ni... hehehhehehe... 
BTW, cantik an tarikh hari ni ? 12 Disember 2015 a.k.a 12.12.2015 .

Hurm, aku study kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sultan Azlan Shah, Perak. 
So far, ni lah first time aku belajar jauh.. dari tempat kelahiran aku la.. 


Gambar ni last day hari orentasi... seyesly... i really dislike the orientation day... 
It makes me don't have time to relax... and i have to eat faster (coz aku makan memang slow) so i hate eat faster... feel like my stomach can't digest food properly... hurmmmmm... i hate it... 
that time i really hope that time goes faster...  


Gambar ni, event apa ee... lupa la pulak... urmmm tp tu la semua nya bilangan kami as a student penolong pegawai farmasi.. tu yang ada kat kolej la.. ada jugak yang praktikal... so xde kat kolej...
selama setahun aku kat sini.. Alhamdulillah, aku bersyukur... aku dapat kenal dgn ramai kawan... ilmu.. pengalaman... and semua lah... 

okay, if ada yang kenal-kenal tu jangan lupa tegur-tegur ee..
okay thats all..

Sekian, terima kasih.

Selasa, 1 Disember 2015

Ilmu : Subjek yang dipelajari dalam Diploma Farmasi

Assalamualaikum !
Hai, hari ni nak kongsi ilmu sikit.
Urm, ada yang tanya aku pasal subjek yang dipelajari dalam Diploma Farmasi.
For ur information, aku belajar under KKM.
Mungkin ianya berbeza di kolej-kolej lain. I don't know. Sorry.

*ni mungkin apa yang aku belajar, in future it may change a silibus. 

Tahun 1 Semester 1 a.k.a Semester 1 

1. Biologi
2. Fisiologi
3. Matematik
4. Farmaseutik I
5. Farmaseutik II
6. Kimia I
7. Bahasa Inggeris

Tahun 1 Semester 2 a.k.a Semester 2 

1. Farmaseutik III
2. Kimia II
3. Farmakologi 1
4. Farmakologi II
5. Sains Tingkah Laku ( Psikologi )
6. Amalan Farmasi
7. Mikrobiologi
8. Bahasa Inggeris

Tahun 2 Semester 1 a.k.a Semester 3

will be update ~

Ahad, 14 Disember 2014

Temuduga SPA : Latihan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak share pasal interview (iv)  SPA yg aku alami pada 5.11.2014 iaitu latihan penolong pegawai farmasi bertempat Kota Bharu, Kelantan.

FYI, aku dapat 3 tawaran, tp aku pilih penolong pegawai farmasi.

Antara yang aku dapat :

1. Latihan Juru X-ray
2. Latihan Juruteknologi Makmal
3. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

FYI, kebanyakan dalam internet aku asyik jumpa iv tentang juruteknologi makmal, jururawat dan pegawai pembantu perubatan (MA). Antara ketiga-tiga ni mmg popular lah. Jarang sangat ada blogger-2 yang share pasal Penolong Pegawai Farmasi ni. Atau aku yg xjumpa. Hehe.

So, apa-apa pun aku tetap buat research jugak. Antaranya :
  • Nama Perdana Menteri
  • Nama Timbalan Perdana Menteri 
  • Nama Menteri Kesihatan **
  • Maksud bendera Malaysia
  • Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 
  • Tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi **boleh rujuk laman portal SPA
  • Nama dan jenis-2 ubat **
  • Kegunaan Ubat **
**soalan yg popular

FYI, aku memang xpernah ditemuduga sebelum ni, so aku banyak buat latihan cara-2 bercakap di cermin. Al-maklum la aku ni jenis yang bercakap pun halus manis. Hahaha, kadang-2 tu mungkin mcm berbisik kalau bercakap. Ni jugak untuk persediaan dari segi keyakinan diri a.k.a self confidence.

Okay, sekarang kita teruskan dengan pengalaman aku semasa ditemuduga.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku ingin kongsikan pengalaman ini. Semoga bermanfaat.

Akhirnya, setelah hampir 4 jam aku tunggu. Giliran aku sudah tiba.
Sebelum giliran aku tiba, aku berdoa pada Allah, semoga Allah mempermudahkan urusanku.
Aku baca surah Taha, ayat 25-28.
Ayat ni aku memang hafal masa aku di UiTM lagi. Especially bila ada speaking practice @ speaking test.


Pendek je kan ayat ni ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay.
Sebelum masuk bilik temuduga.
Aku ketuk pintu 2 kali sederhana kuat.

"Masuk" - kata penemuduga dari dalam.

Aku pun masuk. Bagi salam sebab dua-2 muslim sambil senyum. Maniskan muka. Hehe.
Aku berdiri seketika di tepi kerusi lepas tu penemuduga 1 minta fail.

*P1 = Penemuduga 1  P2 = Penemuduga 2

P1 : "Fail anda ? "

*Hulurkan fail tu dalam keadaan penemuduga terus boleh baca.

P1 : "Anda boleh duduk."

Aku : "Terima kasih, Tuan."

sementara tu, P1 tu check my resume dan P2 check fail aku.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah, awak ni belajar di UiTM. Tentu Cik Nabihah ni belajar dalam Bahasa Inggeris kan ? Sebab UiTM. So, could you please introduce yourself ? "

Aku : So, aku pun intro la dalam BI. Nah, nasib baik aku prepare jugak introduce dalam BI. ( Antaranya nama, umur, jumlah family, pekerjaan family. )

P1.  : "Urm, Cik Nabihah belajar kos Sains Matematik dan dah 3 semester bermaksud 1 tahun setengah dah belajar, agak jauh juga dengan farmasi ni. Kenapa Cik Nabihah pilih farmasi ni ? "

Aku : Jawab la sebab-2 aku pilih kos ni. Korang prepare la alasan korang bagi yang dah belajar tu.

P1 : "Dalam ahli keluarga Cik Nabihah ada ke paramedik ? "

Aku : "Ada tuan, iaitu abang saya. "

P1 : "Ooo, bahagian apa?"

Aku : "Bahagian MA, Tuan."

P1 : "Ooo, MA. Abang awak kerja di mana ? "

Aku : "Johor, Tuan."

P1 : "Sekiranya Cik Nabihah kerja nanti, tidak semestinya Cik Nabihah boleh tinggal dengan abang di Johor. Mungkin di Sabah atau Sarawak. Adakah Cik Nabihah sanggup ? "

Aku : Jawab alasan dengan munasabah okay ? ( Dah memang confirm semua org akan jawab sanggup kan ? I'm right ? )

P1 : "Adakah kedua ibu-bapa Cik Nabihah sokong ?"

Aku : "Sokong, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, Cik Nabihah. Ada ahli keluarga paramedik ?"

Aku : "Ada, Tuan. Abang saya."

P2 : "Owh, tadi. MA kan ? "

Aku : "Ya, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, apa tugas dan tanggungjawab seorang penolong pegawai farmasi ? "

Aku : "Tuan, tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi ialah ..... * ada dalam laman portal SPA --> sini "

P2 : "Lagi ?"

Aku : "Selain itu juga, pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit."

P2 : "Selain tu juga, membantu di dalam penyediaan stok-2 ubat."

P1 : "Cik Nabihah, macam mana kalau penolong pegawai farmasi tu tersalah bagi ubat ? Boleh ke kita saman dia ?"

Aku : aku cakap la boleh sebab ianya melibatkan nyawa orang. so, wajar kalau kita saman. aku pun cerita juga psal seorang ibu ni bagi ubat yang dah luput tarikh dan sekarang 2 orang anaknya koma. *Ini aku terbaca dalam buku i-sihat. Alhamdulillah, bermanfaat. Hehehe.

P1 : "Tapi tu ibunya. Maknanya bahaya la kalau kita tersalah bagi ubat kan ?"

Aku : "Ya, Tuan."

P2 : "Cik Nabihah, ada apa-2 lagi nak beritahu atau tanya ?"

Aku : aku ucapkan terima kasih dan minta bgi peluang. Hehehe. Yang penting tunjukkan kesungguhan korang. Prepare awal-2 ayat korang.

P2 : "Okay itu saja. "

P1 : "Owh, sebelum tu Cik Nabihah, awak kenal tak Menteri Kesihatan sekarang ?"

Aku : ok, search dlam internet ok ?

P1 : "Owh, bukan XXXX ?"

Aku : "Tak, Tuan." -Sambil geleng kepala. Sempat lagi dia buat lawak. Haha, masa tu diorang ketawa kecil. Aku senyum-2 je.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah boleh ambil fail ni."

Aku : "Terima kasih, Tuan." -sambil tunduk hormat sikit.

Alhamdulillah, rasa macam urusan aku dipermudahkan. Dan sekarang tunggu keputusan lulus ke tidak pula iaitu 8.12.2014.

Yang penting, hubungan kau dengan Allah kena jaga, hubungan dengan ibu bapa, selain tu solat hajat pun penting. Tapi kalau tak dapat, jangan give up. Mungkin rezeki korang di tempat lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu juga, aku jumpa dengan perujuk peribadi.
Tentang Hj Boniy Amin Yusof.

Hj Boniy Amin Yusof
PT 124, Pekan Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel/Fax : 609-778 7788
H/P : 019-981 4122
Rum : 609-778 7789

Aku dah post dah pasal beliau sebelum ni. Korang leh tekan SINI.
Dan sampai sekarang aku masih jumpa dia.
Alhamdulillah, dengan pertolongan beliau bnyak sangat membantu.
Tambahan pula, aku ni ilmunya cetek sahaja, tidak berpengetahuan luas. Apa salahnya kita rujuk orang yang lebih berilmu daripada kita kan ?

"Nak seribu daya, tak nak seribu dalih"

Betul tak ?
Bagi area Kelantan lagi senang sbb xjauh sangat. And masa aku jumpa dia. Ada student dari Kuala Lumpur, Pahang and so on sanggup naik bus or flight untuk berjumpa dengannya. Tapi, kalau nak tahu lebih lagi call la dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, 2 Disember 2014 keputusan temuduga keluar.
Urm, penempatan tempat latihan aku dapat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak.

Sejujurnya, aku mmg nerves ah, sebab dah lama tggal subjek kimia and sains ni.
Okay, itu sahaja.
Tulis panjang-2 nnti pointless plak.
Semoga bermanfaat & selamat maju jaya !