Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Jumaat, 8 November 2013

Manga : Lost Diary, Andai Salju itu Tangismu dan Persis Dandelion


Assalamualaikum semua ? Nampaknya cuti semester aku pun dah nak habis xlama lagi .
Okay, tinggal di kolej memang aku xpernah lagi beli manga a.k.a komik .
Beli pun time cuti balik rumah . Entah la, kedai 7E dekat je sebenarnya tapi malas la nak jalan jauh-jauh . Hehehe . . . :P

Nak buat cerita, aku singgah la dekat 7E hari tu . Tengok dekat rak . Tup tap ! Tup tap ! Terus je ambil 3 buah buku kat atas tu . Hahaha . . giler apa ! Sebuah tu bukannya murah . Sekarang da naik level ! Mana ada dah buku RM 6.50 , sekarang dah up RM 7.50 dah . Even yang oversea mahupun local .  :hurm:

Time beli bukan kemain aku sorok daripada abah aku . Takut kena marah ! Hahaha . Yew la 3 buah buku tu RM 7.50 . Korang darab la 3 = RM 22.50 ! Mahal kan ? Tapi aku rasa berbaloi sebab manga lebih murah daripada novel . Hehehehe . . . :tehehe:

Okay, jom tengok rate aku ! :OMG:

 
  Tajuk : Andai Salju itu Tangismu
  Pengarang : Koyomi Minamori
  Locale : Oversea
  Harga : RM 7.50
  Rate : 4.00/5.00
  Star : ☆☆☆☆
  Sinopsis :
 Besok aku nak luahkan cinta kat kau tau.” Suatu hari di musim sejuk, Toogo bagi ‘peringatan’ luahan     cinta kat      kawan sejak kecilnya, Suzu. Namun, dia jatuh dari pokok lalu koma sebelum sempat pun beritahu pasal hal tu. Bila    sedar, 4 tahun dah berlalu...? Karya lain seperti ‘Tarian Kincir Angin’, ‘Mekar Di Musim Panas’ dan ‘Sempadan’ turut  dimuatkan.


Tajuk : Persis Dandelion
Pengarang : Misaki Goto
Locale : Oversea
Harga : RM 7.50
Rate : 3.00/5.00
Star : ☆☆☆
Sinopsis :
Mulai hari ni aku la JK yang penuh dengan keinginan! Aku,Nazuna akan cari cinta bru. Demi merawati hati yang terluka masa sekolah menengah rendah, aku nak cari cinta terhebat! Tapi aku tetap juga bersua muka dengan senior Nao. Dunia ni memang kejam. Aku nekad takkan sukakan lelaki tu lagi. Memang menyakitkan hati. Walaupun aku cuma bertepuk sebelah tangan tapi aku tetap juga nak jatuh cinta dengan dia.


Tajuk : Lost Diary
Pengarang : Kaoru
Locale : Local
Harga : RM 7.50
Rate : 4.00/5.00
Star : ☆☆☆☆
Sinopsis :
"Lost Diary" karya Kaoru mengisahkan persahabatan 3 jejaka tampan;Pitou,Jlien dan Miku,kisah cinta Julien dan Miya yang tidak kesampaian dan juga kisah keluargaan.Siapa agaknya yang bertakhta di hati Miya? Apakah yang bakal terjadi pada persahabatan Pitou, Julien dan Miku? Bagaimana pula pengakhirannya? Kebahagian ataupun tangisan kesedihan?