Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel
Memaparkan catatan dengan label Manga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manga. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2016

Teamare Vol 4

Assalamualaikum uoallss !!!

Haaa, hari ni sis nak share pasal komik yang paling sis suka iaitu karya Ben !!

Sebenarnya, komik yang sis share ni da lama keluar. Cumanya sis ni yang teruja nak share sbb dengar khabar Teamare Vol 5 da nak siap and publish ! X sabarnya nak beli !! >_<


SINOPSIS:

" Selamatkah Hana dari serangan ibu sendiri yang dah hilang pertimbangan diri? Colin seperti diulit mimpi apabila gadis idaman membalas cintanya. Adakah Colin yang Hana cari selama ni? Ryder pula masih tak putus asa memujuk Keiko masuk sertai gengnya... tapi Keiko nekad tak nak sertai kumpulan gengster atau kongsi gelap. "

Okay, that's all... urmmm.. sis nak undur diri dlu... 
Papaiii....

Selasa, 8 Disember 2015

Kesuma Melewati Sakura Jilid 1 & Jilid 2

Assalamualaikum !
Here again about komik !
Hehehehe..

Yes, i know.. sekarang zaman dah canggih.
You can read manga at online.
But for me, some komik.. I want to own as a real book. I want to collect it.
So, hari ni komik ni aku dah beli.
Aku boleh bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang !

Sinopsis :

Peri sang penari cantik bak bunga... Penari perempuan berpakaian lelaki.
Tersebutlah kisah di zaman Sengoku, ketika Jepun masih dalam perang antara negeri. Seorang penari Noh cantik dari Kumpulan Nichirin, dengan gaya cukup menawan membuat persembahan pertamanya di bandar Kyoto. Penari anggun diberi gelaran Hakubi. Kisah tentang Hakubi sampai ke telinga Souma, penari terkenal Kumpulan Yuki. Souma terpesona dengan tarian Hakubi lalu mempelawanya sertai Kumpulan Yuki. Hakubi yang menolak tawaran Souma itu sebenarnya menyimpan satu rahsia besar tentang dirinya...

Sinopsis :

Antara Souma dan Ugen, yang manakah pilihan hati Hakubi?

Souma akhirnya mengetahui identiti sebenar Hakubi. Perbuatan Souma menyebabkan Hakubi keluar dari kediaman Yuki lalu bertembung dengan sekumpulan samseng dan hampir diperkosa. Souma yang mengejar Hakubi sempat menghentikan perkara tersebut tetapi ini menjadi detik kelam dalam perjalanan Tachiai Noh mereka. Keadaan makin rumit apabila Ugen menjadi orang ketiga dalam perhubungan ini. Bayangan ibu menghantui Hakubi tatkala malam dan tanda ular semakin membesar. Apakah pilihan Hakubi di persimpangan ini...? Bagaimanakah penamatan kisah cinta Noh popular ini?

Sekian, terima kasih.

Teamare Vol 3 by Ben Wong

Assalamualaikum !

Haaaa, meh sini nak kongsi satu citer.
If korang ni memang kaki komik and peminat Ben Wong mesti korang x sabar an tunggu karya-karya beliau. Same as me lah !
Novel Teamare always make me want to know what will happen next..

After 1 year aku tunggu selepas Teamare Vol 2, now Teamare Vol 3 dah ada dalam genggaman aku !!!! Yay !!!

Don't forget to buy it ! It really worth !
Here is a sinopsis *i take it from GempakStarz je.

Sinopsis :
Terkesima... hanya itu yang mampu Collin lakukan.
Semakin tidak keruan apabila kesetiaan Collin diusik Mia.
Namun cinta Collin terhadap Hana terus membara.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 21 November 2014

Anime : Gekkan Shoujo Nozaki-kun

Assalamualaikum ! Yosh !
Okay, malam ni aku nak share citer anime yang paling TOP lawak punya !!
And aku confirm korang akan gelak kalau korang faham jalan cerita dia. Hahahaha !

Ok let's start ! Yosh !

First, genre dia.

Genre : Comedy, Romance, School, Shounen

sumber : sini 

Antara part yang paling lawak : XD

sumber : Tumblr



Serius, lawak ! Pada mulanya Chiyo (heroin) malu sebab berbasikal mcm tu. Tapi last-2 dia pula yg ajak Nozaki (hero) ! XD

Next part ni : XD

sumber : Tumblr 

sumber : Tumblr 

Ok, hope u watch it.
Depends on my opinion, I give rate 10/10 also. >_<

Selasa, 18 November 2014

Anime : Kamisama Hajimemashita

Assalamualaikum and Moshi-Moshi (Hello) !
Hai, sementara aku sambung layan anime balik, aku nak post satu cerita yang best yang aku dah lepas layan.

Okay, tajuk dia macam yang tertera dekat atas. Serius, anime ni aku boleh bg rate 10/10 !
Hahaha.
Genre dia pun sesuai.

Genre : Comedy, Demons, Shoujo, Supernatural, Romance, Fantasy

Aku paling suka watak Tomoe. Haha, hero and heroine memang sepadan !


First time, aku tgk Tomoe berambut panjang !
Arghh !! XD * nak pengsan

*macam anime kat atas ni XD

Patut la Nanami pun terpana seketika tgk Tomoe.
Tambahan lagi, pakai baju traditional macam tu. Hahaha. Serius, handsome. XD


Yang ni masa Tomoe kena sumpah jadi Chibi ! Oh my, Chibi pun masih cute ! XD


Seriusly, diorang sepadan.
Tapi... demon dan human ni boleh ke ? Huaaaaa...
Apa-apa pun ini anime semata-mata.
Tiada kaitan dengan realiti ok ?


Antara babak-2 yang lawak. Hahahaha ! XD

Serius, xrugi korang tengok. Memang aku reccomend anime ni.
Mesti bila tengok, rasa nak re-watch balik. K bye-2 ! Aku nak layan anime lain pulak !
Nikmati cuti semester sementara masih ada !

Rabu, 12 November 2014

Teamare Vol 2 by Ben Wong

Assalamualaikum !!
Okay, setelah hampir 5 bulan aku tunggu.
Now, Teamare Vol 2 by Ben Wong dah keluar !
( Teamare Vol 1)
Apa lagi tanpa fikir panjang terus beli.
Hanya komik Ben Wong jer aku xakan fikir banyak kali. Hahaha.

Masa aku duk usha-2 pasal komik Ben Wong ni. Aku jumpa sketch ni drpda Ben Wong khas utk peminatnya. Thanks Ben Wong. Really beautiful.


Serius cantik giler lukisan dia. 
And this is my collection : 


FYI, aku jaga komik aku rapi giler. Contohnya, plastic dia aku xbuang. Simpan elok-2. Haha.
Okey, xsabar tunggu yang seterusnya !! 

Ahad, 30 Mac 2014

BEN is BACK !!

Assalamualaikum uoalls !!!!
Aku ada berita sensasi ! :muah:

Korang kenal x Ben Wong ??? :cute:
Pelukis komik - The Fishes - Le Gardenie - Fatal Chaos - Innocent - Naive -

    
    
    
  

Argggghhhhh !!!! Aku xsangka betol tau jumpa komik dia tadi !! Terus beli !! :kawaii:
Serius aku rindu nak tengok lukisan dia ! Boleh dikatakan semua koleksi Ben aku beli cuma Fatal Chaos jer xde. . . hehehe . . .


Title : Te@maré Volume 1
by : Ben 
Sinopsis :
" Kisah suka duka kehidupan remaja… Colin meminati Hana sejak kali pertama bersua di perpustakaan. Titik perkenalan mereka membuatkan Ryder cemburu lalu tercetus pergaduhan antara Ryder dan Colin. Bagaimana agaknya nasib Colin? Tercapaikah impian Colin untuk bersama Hana? Apa pula kaitan antara Mia, Colin dan Ryder? Ben kembali menghiburkan peminat karyanya! "

Hurm . . . dulu2 masa dapat tau Ben hilang dari dunia gempak starz sedih giler tau x . . . :cry:
Hilang sudah pelukis kegemaran kesayangan aku tau x . . . hurm . . . tapi hari ni aku happy giler bila nampak buku ni tapi :bravo: . . . . .  aku xbaca lagi tau x ? Hehehe . Sebab aku sedang exam sekarang ni so aku tahan dulu sehingga 2 minggu ni .

Nanti balik rumah ni aku baca puas2 sambil hayatinya . . . .  Ah, xsabarnya !!!

Ni antara lukisan yg ada dalam komik2 beliau :

  <<-- Kiwi masa kanak-kanak ( L.G )

<<--Apple ! Cantik kan dia ? ( L.G )

 <<-- Mr. Cool dalam The Fishes memang cool la bro !

K la tu jer ceritanya ! So jangan lupa dapatkannya di pasaran !! Hanya RM 8.50 untuk di Semenanjung Malaysia . K bye !!!
Nak study pulak . . . :yummy:

Sabtu, 14 Disember 2013

Manga : Lirikan Ogos, Resah Hati Tsubaki dan Cuti

Assalamualaikum ? Hai lama giler aku tak sign in blog kesayangan aku ni . Sorry sayang . :face11:
Tak sangka ada juga yang rindu kat blog kitew . .  Hehe . . Thank you . . thank you . . :cute:

Jom la visit blog dia : Aqilah 

Story terbaru aku tak banyak pun sebab sibuk dengan assignment sekarang . Jadi story baru aku pasal MANGA lagi . Tak habis-habis dengan manga an ? Owh, sesungguhnya aku giler komik ! Hahaha ! Kebanyakan komik menceritakan pasal percintaan dunia remaja . Teringat pulak pasal kisah cinta monyet kat bangku sekolah . Hehehe !
Eh ? aku bukannya tua lagi pun . Baru 18 tahun . Errrr . . . :face1:

Okay, back to topic kita tadi ni dia ! Tadaaa !



  Tajuk : Lirikan Ogos
  Pengarang : Yasuko
  Locale : Oversea
  Harga : RM 7.50
  Rate : 4.00/5.00
  Star : 
  Sinopsis :
Aku memakai yukata mengikut warna yang kau suka supaya walaupun sedikit, aku boleh berada dalam pandangan     kau..

Komen aku :
Owh, memang cerita dia pasal gadis-gadis remaja yang comel lah . Kandungan dia ada 5 semuanya ; Lirikan Ogos, Lirikan Ogos/Ekstra, Gigih Di Musim Sejuk, Ribut dan Tanganku Untukmu .
Part yang aku suka adalah Lirikan Ogos/Ekstra . Memang dia sambungan daripada Lirikan Ogos tapi karakter dia pasal gadis lain . Memang aku suka part ni . Hahaha ! Ada satu scene tu pasal gadis remaja ni suka tengok sisi lelaki semasa drive ! Aww . .  melting wei ! Eh, aku pun kagum tengok orang lelaki drive kereta . Nampak cool jer . Contoh terdekat, aku tengok abang aku drive . Huh ! Tambah-tambah kereta manual ! Cool giler:love:



  Tajuk : Resah Hati Tsubaki
  Pengarang : Yasuko
  Locale : Oversea
  Harga : RM 7.50
  Rate : 5.00/5.00
  Star : 
  Sinopsis :
Bila sebut tentang boifren, biar pun masalah kecil atau adakalanya perkara remeh-temeh...semuanya amat penting buat          Tsubaki. Yutaka boifren sekelas dengannya telah meluahkan isi hatinya pada Tsubaki. Entah kenapa tapi Tsubaki menerimanya. Tak banyak cakap. Mel pun tak balas. Awalnya dah rasa nak berpisah tetapi... Lama kelamaan Tsubaki mula tertarik pada ketulusan hati Yutaka.

Komen aku :
Manga ni aku boleh bagi 5 bintang lar . Jalan cerita dia menarik dan lucu . Kadang-kadang aku rasa Tsubaki tu diri aku pun ada jugak ! Hahaha ! Perasan ! Tapi bagi aku memang xrugi beli komik ni . Baca banyak kali pun xbosan ! Dalam ni memang full kisah pasal diorang satu book . Best tau . Rugi xbaca ~ :bravo:



  Tajuk : Resah Hati Tsubaki
  Pengarang : Yasuko
  Locale : Oversea
  Harga : RM 7.50
  Rate : 4.50/5.00
  Star : 
  Sinopsis :
Tidak pandai bergaya tapi bertekad nak nampak comel. Berusahalah Yuki mencari baju-baju trendy dan membuat setting rambut. Namun segalanya nampak janggal. Dia meminta pendapat teman sejak kecilnya, Koudai, namun Koudai juga melayannya seperti budak kecil. Apakah yang harus Yuki lakukan untuk menarik hati jejaka pujaannya?

Komen aku :
Yang ni pun best tapi xboleh lawan yang Resah Hati Tsubaki lah ! Haha, yang ni macam kisah percintaan persahabatan je . :kawaii:

Okay, tu jer untuk hari ni . Aku akan kembali lagi minggu hadapan sebab aku dah cuti mid-sem ! Yay ! Nak pergi jalan-jalan dengan family ! hehehe ! Okay , see u next week yer ! Rindu korang ! Bye !
:face12:

Jom click sini :

Jumaat, 8 November 2013

Manga : Lost Diary, Andai Salju itu Tangismu dan Persis Dandelion


Assalamualaikum semua ? Nampaknya cuti semester aku pun dah nak habis xlama lagi .
Okay, tinggal di kolej memang aku xpernah lagi beli manga a.k.a komik .
Beli pun time cuti balik rumah . Entah la, kedai 7E dekat je sebenarnya tapi malas la nak jalan jauh-jauh . Hehehe . . . :P

Nak buat cerita, aku singgah la dekat 7E hari tu . Tengok dekat rak . Tup tap ! Tup tap ! Terus je ambil 3 buah buku kat atas tu . Hahaha . . giler apa ! Sebuah tu bukannya murah . Sekarang da naik level ! Mana ada dah buku RM 6.50 , sekarang dah up RM 7.50 dah . Even yang oversea mahupun local .  :hurm:

Time beli bukan kemain aku sorok daripada abah aku . Takut kena marah ! Hahaha . Yew la 3 buah buku tu RM 7.50 . Korang darab la 3 = RM 22.50 ! Mahal kan ? Tapi aku rasa berbaloi sebab manga lebih murah daripada novel . Hehehehe . . . :tehehe:

Okay, jom tengok rate aku ! :OMG:

 
  Tajuk : Andai Salju itu Tangismu
  Pengarang : Koyomi Minamori
  Locale : Oversea
  Harga : RM 7.50
  Rate : 4.00/5.00
  Star : 
  Sinopsis :
 Besok aku nak luahkan cinta kat kau tau.” Suatu hari di musim sejuk, Toogo bagi ‘peringatan’ luahan     cinta kat      kawan sejak kecilnya, Suzu. Namun, dia jatuh dari pokok lalu koma sebelum sempat pun beritahu pasal hal tu. Bila    sedar, 4 tahun dah berlalu...? Karya lain seperti ‘Tarian Kincir Angin’, ‘Mekar Di Musim Panas’ dan ‘Sempadan’ turut  dimuatkan.


Tajuk : Persis Dandelion
Pengarang : Misaki Goto
Locale : Oversea
Harga : RM 7.50
Rate : 3.00/5.00
Star : 
Sinopsis :
Mulai hari ni aku la JK yang penuh dengan keinginan! Aku,Nazuna akan cari cinta bru. Demi merawati hati yang terluka masa sekolah menengah rendah, aku nak cari cinta terhebat! Tapi aku tetap juga bersua muka dengan senior Nao. Dunia ni memang kejam. Aku nekad takkan sukakan lelaki tu lagi. Memang menyakitkan hati. Walaupun aku cuma bertepuk sebelah tangan tapi aku tetap juga nak jatuh cinta dengan dia.


Tajuk : Lost Diary
Pengarang : Kaoru
Locale : Local
Harga : RM 7.50
Rate : 4.00/5.00
Star : 
Sinopsis :
"Lost Diary" karya Kaoru mengisahkan persahabatan 3 jejaka tampan;Pitou,Jlien dan Miku,kisah cinta Julien dan Miya yang tidak kesampaian dan juga kisah keluargaan.Siapa agaknya yang bertakhta di hati Miya? Apakah yang bakal terjadi pada persahabatan Pitou, Julien dan Miku? Bagaimana pula pengakhirannya? Kebahagian ataupun tangisan kesedihan?