Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Ahad, 14 Disember 2014

Temuduga SPA : Latihan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak share pasal interview (iv)  SPA yg aku alami pada 5.11.2014 iaitu latihan penolong pegawai farmasi bertempat Kota Bharu, Kelantan.

FYI, aku dapat 3 tawaran, tp aku pilih penolong pegawai farmasi.

Antara yang aku dapat :

1. Latihan Juru X-ray
2. Latihan Juruteknologi Makmal
3. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

FYI, kebanyakan dalam internet aku asyik jumpa iv tentang juruteknologi makmal, jururawat dan pegawai pembantu perubatan (MA). Antara ketiga-tiga ni mmg popular lah. Jarang sangat ada blogger-2 yang share pasal Penolong Pegawai Farmasi ni. Atau aku yg xjumpa. Hehe.

So, apa-apa pun aku tetap buat research jugak. Antaranya :
  • Nama Perdana Menteri
  • Nama Timbalan Perdana Menteri 
  • Nama Menteri Kesihatan **
  • Maksud bendera Malaysia
  • Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 
  • Tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi **boleh rujuk laman portal SPA
  • Nama dan jenis-2 ubat **
  • Kegunaan Ubat **
**soalan yg popular

FYI, aku memang xpernah ditemuduga sebelum ni, so aku banyak buat latihan cara-2 bercakap di cermin. Al-maklum la aku ni jenis yang bercakap pun halus manis. Hahaha, kadang-2 tu mungkin mcm berbisik kalau bercakap. Ni jugak untuk persediaan dari segi keyakinan diri a.k.a self confidence.

Okay, sekarang kita teruskan dengan pengalaman aku semasa ditemuduga.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku ingin kongsikan pengalaman ini. Semoga bermanfaat.

Akhirnya, setelah hampir 4 jam aku tunggu. Giliran aku sudah tiba.
Sebelum giliran aku tiba, aku berdoa pada Allah, semoga Allah mempermudahkan urusanku.
Aku baca surah Taha, ayat 25-28.
Ayat ni aku memang hafal masa aku di UiTM lagi. Especially bila ada speaking practice @ speaking test.


Pendek je kan ayat ni ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay.
Sebelum masuk bilik temuduga.
Aku ketuk pintu 2 kali sederhana kuat.

"Masuk" - kata penemuduga dari dalam.

Aku pun masuk. Bagi salam sebab dua-2 muslim sambil senyum. Maniskan muka. Hehe.
Aku berdiri seketika di tepi kerusi lepas tu penemuduga 1 minta fail.

*P1 = Penemuduga 1  P2 = Penemuduga 2

P1 : "Fail anda ? "

*Hulurkan fail tu dalam keadaan penemuduga terus boleh baca.

P1 : "Anda boleh duduk."

Aku : "Terima kasih, Tuan."

sementara tu, P1 tu check my resume dan P2 check fail aku.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah, awak ni belajar di UiTM. Tentu Cik Nabihah ni belajar dalam Bahasa Inggeris kan ? Sebab UiTM. So, could you please introduce yourself ? "

Aku : So, aku pun intro la dalam BI. Nah, nasib baik aku prepare jugak introduce dalam BI. ( Antaranya nama, umur, jumlah family, pekerjaan family. )

P1.  : "Urm, Cik Nabihah belajar kos Sains Matematik dan dah 3 semester bermaksud 1 tahun setengah dah belajar, agak jauh juga dengan farmasi ni. Kenapa Cik Nabihah pilih farmasi ni ? "

Aku : Jawab la sebab-2 aku pilih kos ni. Korang prepare la alasan korang bagi yang dah belajar tu.

P1 : "Dalam ahli keluarga Cik Nabihah ada ke paramedik ? "

Aku : "Ada tuan, iaitu abang saya. "

P1 : "Ooo, bahagian apa?"

Aku : "Bahagian MA, Tuan."

P1 : "Ooo, MA. Abang awak kerja di mana ? "

Aku : "Johor, Tuan."

P1 : "Sekiranya Cik Nabihah kerja nanti, tidak semestinya Cik Nabihah boleh tinggal dengan abang di Johor. Mungkin di Sabah atau Sarawak. Adakah Cik Nabihah sanggup ? "

Aku : Jawab alasan dengan munasabah okay ? ( Dah memang confirm semua org akan jawab sanggup kan ? I'm right ? )

P1 : "Adakah kedua ibu-bapa Cik Nabihah sokong ?"

Aku : "Sokong, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, Cik Nabihah. Ada ahli keluarga paramedik ?"

Aku : "Ada, Tuan. Abang saya."

P2 : "Owh, tadi. MA kan ? "

Aku : "Ya, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, apa tugas dan tanggungjawab seorang penolong pegawai farmasi ? "

Aku : "Tuan, tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi ialah ..... * ada dalam laman portal SPA --> sini "

P2 : "Lagi ?"

Aku : "Selain itu juga, pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit."

P2 : "Selain tu juga, membantu di dalam penyediaan stok-2 ubat."

P1 : "Cik Nabihah, macam mana kalau penolong pegawai farmasi tu tersalah bagi ubat ? Boleh ke kita saman dia ?"

Aku : aku cakap la boleh sebab ianya melibatkan nyawa orang. so, wajar kalau kita saman. aku pun cerita juga psal seorang ibu ni bagi ubat yang dah luput tarikh dan sekarang 2 orang anaknya koma. *Ini aku terbaca dalam buku i-sihat. Alhamdulillah, bermanfaat. Hehehe.

P1 : "Tapi tu ibunya. Maknanya bahaya la kalau kita tersalah bagi ubat kan ?"

Aku : "Ya, Tuan."

P2 : "Cik Nabihah, ada apa-2 lagi nak beritahu atau tanya ?"

Aku : aku ucapkan terima kasih dan minta bgi peluang. Hehehe. Yang penting tunjukkan kesungguhan korang. Prepare awal-2 ayat korang.

P2 : "Okay itu saja. "

P1 : "Owh, sebelum tu Cik Nabihah, awak kenal tak Menteri Kesihatan sekarang ?"

Aku : ok, search dlam internet ok ?

P1 : "Owh, bukan XXXX ?"

Aku : "Tak, Tuan." -Sambil geleng kepala. Sempat lagi dia buat lawak. Haha, masa tu diorang ketawa kecil. Aku senyum-2 je.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah boleh ambil fail ni."

Aku : "Terima kasih, Tuan." -sambil tunduk hormat sikit.

Alhamdulillah, rasa macam urusan aku dipermudahkan. Dan sekarang tunggu keputusan lulus ke tidak pula iaitu 8.12.2014.

Yang penting, hubungan kau dengan Allah kena jaga, hubungan dengan ibu bapa, selain tu solat hajat pun penting. Tapi kalau tak dapat, jangan give up. Mungkin rezeki korang di tempat lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu juga, aku jumpa dengan perujuk peribadi.
Tentang Hj Boniy Amin Yusof.

Hj Boniy Amin Yusof
PT 124, Pekan Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel/Fax : 609-778 7788
H/P : 019-981 4122
Rum : 609-778 7789

Aku dah post dah pasal beliau sebelum ni. Korang leh tekan SINI.
Dan sampai sekarang aku masih jumpa dia.
Alhamdulillah, dengan pertolongan beliau bnyak sangat membantu.
Tambahan pula, aku ni ilmunya cetek sahaja, tidak berpengetahuan luas. Apa salahnya kita rujuk orang yang lebih berilmu daripada kita kan ?

"Nak seribu daya, tak nak seribu dalih"

Betul tak ?
Bagi area Kelantan lagi senang sbb xjauh sangat. And masa aku jumpa dia. Ada student dari Kuala Lumpur, Pahang and so on sanggup naik bus or flight untuk berjumpa dengannya. Tapi, kalau nak tahu lebih lagi call la dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, 2 Disember 2014 keputusan temuduga keluar.
Urm, penempatan tempat latihan aku dapat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak.

Sejujurnya, aku mmg nerves ah, sebab dah lama tggal subjek kimia and sains ni.
Okay, itu sahaja.
Tulis panjang-2 nnti pointless plak.
Semoga bermanfaat & selamat maju jaya !

112 ulasan:

  1. Oh kiranya awak lulus la eh? Goodluck! Nad dah semester akhir pastu dapat offer kerja dari spa and interview esok. Taktau nak pergi ke tak. Tak prepare apape pun T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry Nad baru on9 blog ..
      Yup, Alhamdulillah lulus.
      Owh, so mcm mana skunk ? Nad plih yg mana ? Nad pergi x ?

      Padam
  2. fuyohh.. Misaki baca cara student Kesatria dapat arahan dari Komander hehehe XDD

    Misaki pernah sekali pergi temudiga tapi SPP punya.. tak dapat pun.. ahahaha XD

    anyway macammana result?
    Goodluck btw :D hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah , dapat . Hehe.
      Thank you.. >_<

      SPP ? xpe la, skurang-2 nya Misaki dah ada pengalaman macam mana di interview, so next time dah tahu mcm mana keadaan interview, hehe, ye x ?

      Padam
  3. em macam mna nak apply pen peg farmasi ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yg Nabihah punya ni.. mimi pergi dekat link ni http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp isi semua mklumat kat laman web tu dan hantr..

      Padam
  4. Kelulusan SPM boleh apply ke ni kak ?? saya macam minat la bahagian farmasi .. tapi keputusan SPM aliran sains saya cukup makan je :(

    BalasPadam
  5. Kak .. saya macam berminat la bahagian Farmasi ni ..kelulusan SPM boleh apply ke ni .. bub SPM aliran sains spm saya cukup2x mkan je .. bio B , Adddmath C . fizik C , kimia D .. yang rest 4A bahagian teras ..PAI BM MATH SEj and BI C+

    BalasPadam
  6. kak .. lepasan spm boleh apply ke ni ??

    BalasPadam
  7. boleh jer dik,
    lagi elok. sorry baru buka blog. Bz sikit skunk ni.
    nnti isi permohonan dekat laman web ni --> http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

    BalasPadam
  8. kak garang tak y interview tuu seram deh hihii 8/4 niyh interview SPA ..risau jaa klau kne intro bi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Interview tu depends la.. kalau yg garang tu, garang.. klau yg x garang.. x garang lah.. tp jgn lupa senyum.. ^_^

      Padam
  9. Assalamualikum..saya nak tanya skit...macam mana cik nabihah terangkan cik memilih farmasi?....saya pun ada temuduga jugak...saya ambil kos sains komputer

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, sebab saya berminat dengan bidang farmasi. :)

      Padam
  10. time kasehh kakkk :) bermanfaat

    BalasPadam
  11. salam..kak kalau rsult spm kimia E..bio D..fz C.. addmath D.. boleh ke apply??

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. xpasti pula akak. sorry dik.

      Padam
  12. kolej bagi farmasi dimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni di ksks sas ulu kinta, perak je untuk farmasi..

      Padam
    2. Ye ke kak?? Kt lman utama spa dye tulis kt kskb sg buloh je tok farmasi

      Padam
    3. owh, memang dulu kat sg buloh, tp dah pindah di ulu kinta perak 3 thun lepas if xsilap lah.. 😊

      Padam
  13. Tahniah !!! semoga berjaya menamatkan kursus dan latihan ..seterusnya menceburi bidang kerjaya

    and then try find me... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih salina ! =)
      find you ? salina dah tamat belajar ke ? skrang kerja kat mana ?

      Padam
  14. Assalamualaikum.. Cik nabihah masa belajar uitm dulu bape tahun? Lagi satu nak minta tlong bagitau minimum kelayakkan mohon utk kursus penolong pewagai farmasi uitm. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, diploma di uitm 3 thun. urm, kelayakan tuk mohon nabihah dah lupa. xde bgtau dekat atas e ? xpom awk pergi seacrh di portal spa. di situ ada bgtau dengan detail.

      Padam
    2. Salam. Boleh tahu tak apa alasan awak masa panel tu tnya yang awak dh jauh dari kos awak dekat uitm. Because im in your situation and really lack of idea. Hehehe.

      Padam
  15. dh tukar eh lokasi utk penolong pegawai farmasi? kalau penolong juruteknologi perubatan n MA kat mane pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg tu saya x pasti. boleh cek di halaman spa utk info

      Padam
  16. Salam... awak.. temuduge 2 die bagitau kat email ke sms ke cmne ek... saye dh lulus ujian online tapi x panggil2 lg temuduga

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, bg kes saya, dia bgtau melalui dan sy x dpt pun melalui sms.. but my friend dpt melalui sms.. so, awak kena aware lah.. :)
      it will be both..

      Padam
  17. Asslm nabihah..nk no awk blh x..

    BalasPadam
  18. Itu saja ka yg ditanya? Tiada soalan lain tntg ubat-ubatan? hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.. depends on penemu duga masing2...
      we dont know what will they ask us..
      juz prepare

      Padam
  19. asalamualaikum, mcm mna cik tau tawaran yang cik dapat? melalui surat atau email?

    BalasPadam
  20. assalam sis nabihah.skrg sis dah tahun ke brp dlm farmasi ni and hows about subj sains dlm farmasi under spa?mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, Alhamdulillah.. next year 2016 dah masuk sem 3.. urmm subjek yg belajar antaranya ialah, Biologi, Fisiologi, Farmakologi , Kimia , Matematik and Farmaseutik sepanjang yg sy belajar ni lah.. harap dpt membantu

      Padam
  21. assalam sis mcm mne dgn pmbljrn skop subj sains dlm bidang farmasi under spa ni ?

    BalasPadam
  22. mcm mne dgn pembelajaran subj sains aliran farmasi ni ye sis? mohon perkongsian

    BalasPadam
  23. salam nabihah bole tak email sy nombor fon awak ? ni email saya aishah.senusi@gmail.com .tq awak :)

    BalasPadam
  24. Assalam..nk tnye,resume pon kena prepare gak ke?ke xpayah sbb borang maklumat tambahan dah ade kan..huhu..pastu sijil koko pon kena bawak ke?xde mintak pon dalam surat panggilan temuduga tuu?huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, sorry zura.. sy dah lupa mcm mana sy prepare resume dlu... maaf...

      Padam
  25. Assalamualaikum saya pun skg dah sem 3 di uitm. Dan 27.10 saya akan ada temuduga bidang farmasi ni. Rasa sayang la pula nak tinggal uitm sbb dah x lama dah nak habis. Tapi parents suruh pegi. Akk rasa saya patut pegi x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, hurmm.. mcm saya lah dah masuk sem 4 quit.
      Tentang hal ni, adik kena fikir dlu, jgn menyesal di kemudian hari.
      If adik minat medic, xpe..go on.. but if u dont.. it will hard a little bit.. tp biasa la , nama lagi study an. xde yg senang.. :)

      Padam
  26. assalamualaikum. hai :) untuk temuduga nie kena tulis resume ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, resume..urm sy lupa la, tp rasanya perlu.. itu lagi better lah

      Padam
  27. haiii..sy pun dpt iv oenolong pegawai farmasi...nervoussss..ok x time iv?

    BalasPadam
    Balasan
    1. of coz nerves, hehehe, tp Alhamdulillah dipermudahkan. :)

      Padam
  28. Terima kasih sis untuk informasi. Saya dpt tiga tiga kursus sama macam sis. Dah lama saya cari bab bab temuduga ni T_T Doakan saya untuk temuduga pada 29oct ni. Nervous dia taktau nak bgtau macam mana. T_T Doakan saya!!!!

    BalasPadam
  29. nahibah, iv kt klate kn iv kt mana dlu?

    BalasPadam
  30. assalamualaikum. awk masih belajar lagi kan waktu kena interview ? sy ada dengar kalau kita bagitahu yg kita masih belajar, automatik kita takkan dapat. tapi awak dapat. rezeki kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...
      aaa sy still belajar masa tu..
      alhamdulillah.. ;) insya-Allah mardhiah pon ada rezeki mardhiah nnti..

      Padam
  31. assalamualaikum. saya berminat dengan spa untuk bidang seperti adik. saya baru sahaja menamatkan diploma dalam bidang civil engineering dan saya juga mempunyai ptptn yang masih belum dilangsaikan. adakah untuk memasuki spa ada syarat kelayakan harus bebas ptptn dan tidak mempunyai diploma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. urmmm... nabihah rasa xde plak syarat mcm tu.. kalau nak kepastian bleh rujuk laman web rasmi SPA portal...

      Padam
  32. Terima kasih ya bagi tips. Banyak saya ambil tips dari blog awak masa nak interview 29october hari tu. Alhamdulillah dipermudahkan. Alhamdulillah syukur saya lulus iv tu awak :)
    Terima kasih ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama...
      wah !! tahniah !! dpt bhagian apa ? farmasi jgk ke ?

      Padam
    2. Terima kasih :)
      saya dapat juru x-ray
      kolej awak ade juru x-ray?

      Padam
    3. iye ? wah, tahniah.. alhamdulillah..
      di kolej saya xde xray.. rasanya kat johor an ?
      kat tmpat sy hanya farmasi, MA dan nursing..

      Padam
    4. haah dekat johor dgn sungai buloh je.. pukul 5 nanti baru boleh check.

      Padam
  33. Salam.akak alhamdulillah dpt farmasi walaupun x sangka. Terima kasih at as tips. Ade ape2 tips x sem 1 ?

    BalasPadam
  34. salam nabihah. harap awk still guna blog ni. act, nak tanya berkenaan bidang ni. next week ada exam online. just nak minta pendapat. senang tak bidang ni? ingat nak try. and fyi skrg i kerja dkt JPN . boleh reply email sy at pyanlahhh@gmail.com. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam .. sy pun dpt twrn untuk exam online next week. sy dapat 4. kalau lah dapat kan. nak pilih ik (kesihatan persekitaran) tp research pasal skop kerja farmasi ni macam lagi seronok je. nak tanya nabihah la. spnjg awk study. agak2 susah sgt ke nak lulus study?

      Padam
  35. salam,sy nak tnye brape minit yea kak dlm temuduga tu?

    BalasPadam
  36. salam kak. macam mana nk mohon bidang farmasi ni? link yg akak bagi dulu tu sya try bukak tpi tak dapat lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, nnti cuba lagi.. sbb link dia x berubah kut..

      Padam
  37. Sy dpat untuk iv semenanjung tpi blum tau date nye bile..akak boleh tak share something yg penting bila nak pegi iv nnti sbb sy pilih untuk latihan penolong peg. Farmasi jgk ..☺

    BalasPadam
  38. SALAM ..
    Saya suka nak berkongsi ,sekiranya dipanggil untuk interview..cik/puan perlulah tahu apa peranan dan tugas serta tanggungjawab jawatan penolong pegawai farmasi itu sendiri contohnya di Hospital/Klinik/Stor Perubatan/Perkilangan/Bahagian Perkhidmatan Farmasi/Kedai Farmasi/ Jabatan Penjara/ Markas Tentera/ Klinik 1 Malaysia/Klinik Kesihatan bergerak dan banyak lagi

    ..sedikit sebanyak pengetahuan am dan perkembangan jawatan ini di Malaysia.

    sila lawati laman2 web ini untuk mencari sedikit sebanyak info

    www.pharmacy.gov
    bpfk.moh.gov.my
    ppfkkm.blogspot.com
    Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia.
    Dasar ubat nasional( DUNAS) (pengetahuan Am)

    dan jangan lupa....ada perbezaan jawatan Pegawai Farmasi dan Pen.Pegawai Farmasi.




    BalasPadam
    Balasan
    1. more tips to share? thanks a lot

      Padam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  40. assalamu'alaikum...nk tnye,,sblm ni sy temuduga xprnh kna bt resume bergambar n so on tu...blh explain x..resume tu cmne???

    BalasPadam
  41. salam.sy nk tau laa,mmg kena ada basic kimia ke masa spm?? sy kena temuduga 18hb nie, esok laa kan.mmg gemuruh sgt nie..sy ada pengalaman kerja dekat farmasi mesty soalan dia lagi hardcore kan?

    BalasPadam
  42. Salam, awk sy nk mnx pendapat dr awk mmndgkan sy ditawarkan bidang yg sama.. Patut ke sy lepaskn degree (sem 1) sy untuk latihan ini? n latihan ni mmg menjamin kerja with government ?

    BalasPadam
  43. Nabihah dari uitm kan? introduce diri in english.. so yang lain2 soalan dri penemuduga speaking jgk ke?

    BalasPadam
  44. Nabihah dari uitm kan? introduce diri in english.. so yang lain2 soalan dri penemuduga speaking jgk ke?

    BalasPadam
  45. Salam...sis sye nk mnx pndapt patut ke sye lpaskan degree sye untuk SPA tu klau dpat?? Sbb smtimes sye confuse nk buat plihan..but sye mnat bhg medic nie..lgpon degree sye bkan bdang nie...bdang lain jauh dri bdangg medic...n this is my fes time blajr tnpe sbjek2 sains tulen...sye confuse nk buat plihan sbb sye da mbik degree,so if sye grab SPA tu sye diploma laa kan?? Then sye curious psal nk smbung blajr ke prngkat yng lbih tnggi..boley ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acctually anak saya pun akan pergi ke Temuduga Latihan separa perubatan ni ..pada 21 Okt 2016.
      Tapi bukan Pen. Peg. Farmasi sbb anak saya bukan dari aliran sains.

      Dia ditawarkan 4 pilihan ..
      Pen.Peg Kes.Persekitaran
      Pen.Peg. Perubatan
      Jurupulih Carakerja
      Juru X ray.

      Saya minta anak saya dapatkan Pen. Peg Kes. Persekitaran kerana apabila berjaya dgn diploma Pen.Peg. Kes Persekitaran , terdapat Program ijazah yang berkaitan di tawarkan oleh universiti/kolej2 luar untuk dia menambahbaik kerjayanya dalam aliran kerjaya yang sama dimasa hadapan sebagai Peg. Kes.Persekitaran.
      Lagi satu ..Pen.Peg.Persekitaran, Pen.Peg Perubatan diletakkan di bawah skim bersepadu (rujuk maklumat berkaitan).

      Kalau x dapat pun dapat pembantu perubatan yang ada peluang naik melepasi gred 40.

      Berbanding Pen. Peg.Farmasi , kerjaya ini masih belum diserapkan di bawah skim bersepadu (dalam usaha untuk menyerap skim ini di dlm skim bersepadu)..termasuk 3 lagi program separa perubatan. Pen.Peg.Farmasi akan berhenti sehingga di Gred 40. Tiada program ijazah yang boleh diambil untuk maju di dalam aliran yang sama..jika ada hanyalah Ijazah Farmasi yang akan menukar sama sekali skop kerja dan tugas kepada jawatan Peg.Farmasi yang meliputi tugas2 klinikal sedangkan kerjaya Pen.Peg.farmasi menjurus kepada tugas2 teknikal di Farmasi.

      Bagi saya sekiranya yang ditawarkan adalah Latihan separa perubatan Pen.Peg.Farmasi saya nasihatkan ..jangan lepaskan degree sekarang. Tetapi sekiranya latihan yang miss terima adalah Jururawat, Juru X ray, Jurupulih cara kerja/anggota silakan.. kerana mereka ada peluang dan peningkatan kerjaya dalam aliran sendiri.

      Padam
  46. salam sis .. dia just akan tanya soalan yg berkaitan farmasi je kan?? pasal ubat2.. i mean xde la dia akan tnya pasal jawatan lain..contoh MA ..tanya pasal jantung or kidney??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut apa latihan yang ditawarkan..
      kalau just Pen.Peg Farmasi cari Skop dan tugas2 pen.peg farmasi (PPF).jangan sempitkan pandangan dan fikiran, memandang tugas PPF hanya di Hospital dan Klinik , jangan lupa lihat tugas PPF di Farmasi Retail Bahagian Pembuatan di kilang2 ubat, National Agensi Pharmaceutical Regulatori yang meliputi tugas2 teknikal dalam makmal..melakukan ujikaji dan membuat analisa, bahagian penguatkuasaan-penjagaan stor rampasan/ perlesenan/undang2.
      PPF juga ada yang di serapkan ke seluruh penjara di malaysia. di pinjamkan ke tabung haji untuk menjaga urusan ubat jemaah haji.

      Pengalaman dulu2 ketika saya ditemuduga terlalu ringkas dan senang tetapi bagi saya cukup menyiksakan, kerana kurangnya rangkaian maklumat ketika itu...apa lagi internet. Soalan yang saya dapat ketika itu, kenapa nak jadi PPF? saya mmg tak tahu nak jawab apa, sbb dalam otak saya sy dah hafal semua org dlm kkm dari menteri sampai tukang kebun kkm. har har har. last jawab je la... pastu habis.
      Zaman sekarang situasi agak sukar..persaingan terlalu sengit..bukan sedikit berbelas ribu mohon latihan ni di SPA.

      Pada masa kini, semua ytu ada di hujung jari... search sebanyak mungkin maklumat mengenai latihan/jawatan tersebut.. sekiranya anda terbaik dengan usaha anda, mungkin anda lah orang yang layak diantara terbaik. secara tak langsung itu semua menunjukkan kesungguhan dan harapan anda dalam peluang yang akan diberikan kelak. kannnn.

      Nasihat sy jadi yang terhebat dari yang dtg temuduga pada hari itu... jagn target soalan..cari maklumat tentang jawatan/ bukan jawapan soalan temuduga. gud luck!!!.

      Padam
  47. Salam, sy nak tanya, selepas proses interview, berapa lama masa diambil utk keputusan temuduga keluar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali..seperti yg dimaklumkan dlm laman web SPA..semua temuduga bermula 16-21 Okt 2016 boleh semak keputusan temuduga di laman web SPA pada 21 Nov 2016.So klau berjaya utk pengambilan Januari 2017...sempatla gi medical checkup dan buat persiapan masuk kolej....

      Padam
  48. ade medical check up jugak eh? takut sngkut laa..saye ade jantung brlubang dr kecik tp tkdela kronik sngt...

    BalasPadam
  49. Mestila... selalunya medical check up dibuat selepas berjaya diterima masuk ke Latihan separa perubatan. So x de apa nk dibimbangkan..klau x, baik dah kena reject semasa temuduga kerana seblum temuduga kita diminta mengisi maklumat kesihatan secara umum di dlm borang maklumat tambahan.

    So far mereka yg berpenyakit dan kurang upaya masih boleh diterima selagi perkara tersebut tidak menghalang kita mlakukan tugas2 utama seorg Pen.Peg.Farmasi..

    Setakat jantung berlubang yg x kronik apa ada hal...lainlah x de jantung...kannnn hihihi

    BalasPadam
  50. Salam, sye fatini stdt kpj diploma in pharmacy, just nak tau kalau posting ke hospital ade uniform yg specific ke? And posting ke hospital mostly brp kali? Or posting at the end of the study? Beside im already year1 sem2 and will be attend for my 2nd posting at hospital.. Hope you can answer all my question

    BalasPadam
    Balasan
    1. Posting ke training..
      Klau setakat ikuti latihan praktikal..pkai uniform student je..
      Kalau posting utk kerja..kenala ikut arahan majikan.

      Padam
  51. hai.. nak tanya.. nak mohon macam mne ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika melaui SPA mohon Latihan Separa Perubatan Pen.Peg Farmasi
      IPT luar Program Diploma Farmasi

      Padam
  52. Sila ke laman web SPA dan cari permohonan Latihan Separa Perubatan..dan pilih bidang mengikut kelayakan..

    BalasPadam
  53. Terima kasih info, sangat berguna, saya ambil sikit ya mana yg patut sebab saya ada iv spa juga 18/4 ni di alor setar, doakan saya dapat, sbb minat bidang farmasi ni , tq :)

    BalasPadam
  54. assalamualaikum kak biha . bole sye minta nom wsap utk tnye mklumat lbih lnjut bb sye ade temuduga 19/4 ni ....

    BalasPadam
  55. Salam nak tanya. Lps habes diploma pembantu farmasi ni, boleh sambung ijazah tak? Ijazah pulak masih kos pembantu farmasi ke? Boleh tak naik jadi ahli farmasi & bkn lg penolong ahli farmasi? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ambil Ijazah Farmasi dengan memenuhi kelayakan masuk minimum untuk jadi ahli farmasi.

      Padam
  56. Tahniah berjaya dari abg senior
    😀😀😀

    BalasPadam
  57. hai kak bihah. kalau yg takada aliran sains memang tk bolek ke?? sy minat farmasi lepasan spm2016 dah mohon untuk separa perubatan pen pegawai farmasi. hmm takdk harapan kot

    BalasPadam
  58. Assalam kak.untk temuduga spa ni bleh ke kalau kite ckp tngah blajar?sbab org kate kalau ckp tngh blajar confirm2 x dpat..

    BalasPadam
  59. Hai salam. Semua soalan dia tanya in english ke ?

    BalasPadam
  60. salam. nak mntk pendapat. 24hb ni sy iv utk p pgw kesihatan persekitaran & p pgw farmasi. before ni ada gak iv utk p pgw farmasi. tak lepas. mngkn sbb tgh study dulu kot. fyi sy bkn aliran sains. sy nk ambk p pgw kshatan persekitaran. tpi kwn sy kta klu dah 2kali iv utk p pgw farmasi. akan di serap. betul ke?

    BalasPadam
  61. Andai kata sy pilih farmasi ni , sbb sy minat but sy bukan dri aliran sains time SPM dulu , ada kemungkinan utk diterima ka ataupun x ?

    BalasPadam
  62. As salam..ank saya dpt pp farmasi spa utk ambilan januari 2018..masih x pasti samada nk pergi @ stay kat matrik..kerana dpt mklumat yg bidang ini agak terhad utk sambung ijazah berbnding bidang separa perubatan yg lain..betul ka..mohon pencerahan..

    BalasPadam
  63. KAK saya nak tanya kalau dapat dua jawatan kita kena pilih satu ja kan dia akan tanya pasal dua2 jawatan atau satu ja saya ada interview esok getaq la plak

    BalasPadam
  64. Kalau kali pertama dulu kita pilih nurse, dapat second panggilan, nak pilih farmasi, rasanya okay ke ? Maksudnya nanti senang ke nak sambung belajar lagi ?

    BalasPadam
  65. Iv nnt 30.05.19 ni..doakan saya😭

    BalasPadam
  66. Akak nk tanya. Kalau isi spa pakai stpm tapi stpm saya aliran sastera. Agak2 boleh tak saya apply bahagian farmasi

    BalasPadam
  67. Kalau dah lepasan spm boleh tak ambi spa8 tpi sya tidak ambil fizik dan kimia?

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen ! =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh email ke wnabihah95@yahoo.com atau tinggalkan pesan di chatbox