Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel
Memaparkan catatan dengan label Cetaphil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cetaphil. Papar semua catatan

Ahad, 31 Disember 2017

Kecantikan : Cetaphil Again ?!

Assalamualaikum semua....

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Nabihah nak share something ni... Nabihah dah get back balik dengan pencuci muka Cetaphil ni, sebab muka Nabihah naik jerawat lepas tukar pencuci muka brand lain. Dua kali kut tukar dalam masa yang singkat. Mungkin kulit kita terkejut kan ? Aduiii... itu la, asal gatal sangat nak tukar.  Ummi pun dah marah sebab tukar-tukar brand 😢.

Sebelum ni Nabihah dah try pakai Cetaphil trial kit and memang positive effect. Boleh singgah sini kalau nak tahu. Kat bawah ni Nabihah baru beli di Watson. Nasib baik ada, ni pun last tau. 😁 Yang tinggal hanya untuk oily skin je. Even mahal pun, it's okay sebab bukannya cepat habis. Tahan la dalam berbulan-bulan.

RM 36.30 for 250 ml 

Jadi, Nabihah nak pesan, kalau korang da pakai pencuci muka yang da elok, tak yah duk tukar-tukar la... jerawat memang mudah naik, tapi nak merawat tu makan masa, parut lagi makan berbulan-bulan or bertahun-tahun weii... jangan-jangan... 


satu tips lagi, kalau da rasa tak sesuai, jangan teruskan produk tu, tak kira la produk apa pun. stop use it. restkan kulit. jangan pakai krim yang berminyak or what so ever lah. Time naik jerawat Nabihah elakkan pemakaian bedak di bahagian jerawat. 

Next, jaga pemakanan dan lifestyle korang. Nanti ada masa Nabihah ulas pasal ni okey. Haaa.. Nabihah da ngantuk ni.. Goodnight... 



Khamis, 28 September 2017

Kecantikan : My Pencuci Muka ( Cetaphil )

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Nabihah. ❤

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Tadaaa !!!

Nabihah tukar pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni sebab kebetulan pencuci muka Shaklee Nutriwhite yang Nabihah pakai sebelum ni tertinggal di Terengganu.

So, takkan lah semata-mata pencuci muka nak pusing balik kan ? Kelantan ↔ Terengganu 😁

* Beza liang pori sebelum dan selepas * 
* Bukan kecerahan kulit ya, itu sebab lighting je 👊*
SEBELUM : 4.07.2017
SELEPAS : 14.09.2017


MY FEEDBACK 
1. Pencuci muka : 🌟🌟🌟🌟4/5

  • tak mengeringkan kulit 
  • lembut
  • tak berbau 


2. Pelembap (moisturiser) : 🌟2/5

  • Nabihah pakai benda ni dalam 2 minggu je lepas tu stop sebab rasa x berapa sesuai dengan kulit muka Nabihah.
  • So, Nabihah pakai sebagai lotion tangan sebelum tidur. Sayang an nak buang. Lagipun moisturiser ni sesuai dipakai untuk 'face & body'. 

First nak try Cetaphil ni Nabihah beli trial kit. Kebetulan ada kat Watson.
Now, da boleh sambung pakai pencuci muka Cetaphil ni. 😊
Hurm, so far still pakai lagi.

TAPIII, salah satu sebab kenapa liang pori Nabihah terbuka coz tersilap pilih toner.
I rasa toner tu yang membuatkan liang pori I terbuka.
Lepas tu stop, da tak pakai lagi.

Salah satu faktor lain juga ialah Nabihah dah tukar krim kecantikan ! Sebelum ni pakai BB Cream.
Haaa... ni sambung next entry...

Bye-bye !


Adakah pemakaian toner sesuai dengan kulit anda ?