Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel
Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan

Ahad, 31 Disember 2017

Kecantikan : Cetaphil Again ?!

Assalamualaikum semua....

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Nabihah nak share something ni... Nabihah dah get back balik dengan pencuci muka Cetaphil ni, sebab muka Nabihah naik jerawat lepas tukar pencuci muka brand lain. Dua kali kut tukar dalam masa yang singkat. Mungkin kulit kita terkejut kan ? Aduiii... itu la, asal gatal sangat nak tukar.  Ummi pun dah marah sebab tukar-tukar brand 😢.

Sebelum ni Nabihah dah try pakai Cetaphil trial kit and memang positive effect. Boleh singgah sini kalau nak tahu. Kat bawah ni Nabihah baru beli di Watson. Nasib baik ada, ni pun last tau. 😁 Yang tinggal hanya untuk oily skin je. Even mahal pun, it's okay sebab bukannya cepat habis. Tahan la dalam berbulan-bulan.

RM 36.30 for 250 ml 

Jadi, Nabihah nak pesan, kalau korang da pakai pencuci muka yang da elok, tak yah duk tukar-tukar la... jerawat memang mudah naik, tapi nak merawat tu makan masa, parut lagi makan berbulan-bulan or bertahun-tahun weii... jangan-jangan... 


satu tips lagi, kalau da rasa tak sesuai, jangan teruskan produk tu, tak kira la produk apa pun. stop use it. restkan kulit. jangan pakai krim yang berminyak or what so ever lah. Time naik jerawat Nabihah elakkan pemakaian bedak di bahagian jerawat. 

Next, jaga pemakanan dan lifestyle korang. Nanti ada masa Nabihah ulas pasal ni okey. Haaa.. Nabihah da ngantuk ni.. Goodnight... 



Khamis, 28 September 2017

Kecantikan : My Pencuci Muka ( Cetaphil )

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Nabihah. ❤

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Tadaaa !!!

Nabihah tukar pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni sebab kebetulan pencuci muka Shaklee Nutriwhite yang Nabihah pakai sebelum ni tertinggal di Terengganu.

So, takkan lah semata-mata pencuci muka nak pusing balik kan ? Kelantan ↔ Terengganu 😁

* Beza liang pori sebelum dan selepas * 
* Bukan kecerahan kulit ya, itu sebab lighting je 👊*
SEBELUM : 4.07.2017
SELEPAS : 14.09.2017


MY FEEDBACK 
1. Pencuci muka : 🌟🌟🌟🌟4/5

  • tak mengeringkan kulit 
  • lembut
  • tak berbau 


2. Pelembap (moisturiser) : 🌟2/5

  • Nabihah pakai benda ni dalam 2 minggu je lepas tu stop sebab rasa x berapa sesuai dengan kulit muka Nabihah.
  • So, Nabihah pakai sebagai lotion tangan sebelum tidur. Sayang an nak buang. Lagipun moisturiser ni sesuai dipakai untuk 'face & body'. 

First nak try Cetaphil ni Nabihah beli trial kit. Kebetulan ada kat Watson.
Now, da boleh sambung pakai pencuci muka Cetaphil ni. 😊
Hurm, so far still pakai lagi.

TAPIII, salah satu sebab kenapa liang pori Nabihah terbuka coz tersilap pilih toner.
I rasa toner tu yang membuatkan liang pori I terbuka.
Lepas tu stop, da tak pakai lagi.

Salah satu faktor lain juga ialah Nabihah dah tukar krim kecantikan ! Sebelum ni pakai BB Cream.
Haaa... ni sambung next entry...

Bye-bye !


Adakah pemakaian toner sesuai dengan kulit anda ?

Sabtu, 25 Mac 2017

Kecantikan : PeriPera Lip Tint

Assalamualaikum and Sawadde (Hello) !!!

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Okay, hari ni Nabihah nak share tentang lip tint yang Nabihah da lama sangat nak beli tapi masih tak jumpa,
but now... jeng jeng jengggggggggg !!!!

Biha da jumpa !!!!!
Tadi keluar pergi singgah Watson AEON KINTA, usha-usha nampak la satu brand ni PeriPera.
Terus terkam ! Hahahaha.

Alhamdulillah, langkah kaki kanan hari ni ada offer dalam RM3.00 kut potongan.
Harga less RM 28.53 daripada harga asal dalam RM 31.30 (yang ni lupa la).

Haaaa. Bukan main lagi sis pening tau nak pilih yang mana satu antara Cherry Juice @ Strawberry Juice.
Alahai, dua-dua colour cantik. Pening nak pilih ! Hehehe.

But at last, Nabihah pilih yang Cherry Juice.
Tadaaaaa !!!


Ni cover depan dia, menggunakan tema PowerPuff Girl ! Cantik an ? Dulu gambar lain.

Ni side dia, ni contoh colour lip tu.


Ni belakang dia, Made in Korea. 
Dia punya caption power "Beauty Heroes here they come"

Ni dia punya isi !

Sebenarnya dia ada 5 colour. Ni haa antaranya lah. Tadi yang Nabihah confuse ialah No.1 dan No. 5.
Tapi Alhamdulillah pilih yang no. 1 (Cherry Juice).

MY FEEDBACK  🌟🌟2/5
PROS :
  • warna menarik 


CONS :
  • terlalu kering untuk Nabihah mungkin sebab dia water-base


Okay, thats all. 
Sebarang pertanyaan boleh tanya kat ruangan komen atau email Nabihah.
Goodnight ! Ratri sawad ! 

Sabtu, 17 September 2016

Mid Length Hairstyle And Wavy Style


Assalamualaikum ladies !! 
Hari ni sis pergi salun rambut untuk potong rambut. 
Hurmmm, sis pun da lupa bila sis last potong rambut. Huhuhu. 
So semalam sebelum pergi salun rambut sis cari gambar-gambar yang bersesuaian.
Sis xsuka rambut yang terlalu pendek maka sis amik keputusan untuk separa panjang. 
Kalau panjang sangat memang suka tapi penjagaan rambut memang extra care lah. 

Sis actually jenis yang straight hair tapi sis suka tgk jenis wavy hair nim.







Heatless Wavy Hair from Ale Martin


Khamis, 30 Jun 2016

Kecantikan : BB Cushion Sendayu Tinggi



Assalamualaikum guys !! 
Haaaa... ni sis nak share satu benda ! Nak tahu ? Jom scroll bawah !
Sapew nak cantik raya ni ? Confirm semua orang nak nampak cantik an masa raya nanti ? Especially yang gigirls ni an ? Melaram habis nnti ! >_< 
Tambahan lak, semua sanak saudara balik kampung, berkumpul ramai-ramai. Sooooo... confident mesti tinggi an ??

Okay, tadi sis pergi beli satu alat make-up ni...
Jeng ! Jeng ! Jeng ! 


DOLL SKIN BB Cushion Sendayu Tinggi

Actually, sis baru nak cuba cushion ni, masa try td pun dia tak rasa tebal sangat and lembap (moist). So, untuk cuaca kat khatulistiwa macam kita ni agak sesuai la an yang panas-panas ni. 
Kulit kita pun sentiasa lembap je an ? Tak kering. 

So, after pakai BB Cushion ni sis akan apply bedak powder Nutrimetics lak. 
That's all. Hehehehe. 

Sis, sebenarnya duk usha-usha YADAH All Day Cushion tp jumpa yang ni pulak, hahaha.
So, sis cuba lah eee... 

Okay, see u later !  



Sabtu, 20 Disember 2014

Beauty : Fungsi Kondisioner Rambut

Assalamualaikum ! Hai, hari ni aku terpanggil-2 oleh blog Fly High ni nak tulis entry pasal fungsi kondisioner rambut. 

I know, mungkin ramai yang xtahu fungsi kondisioner rambut kan ? kan ? termasuklah anda, betul tak ? hahaha ! Baik ngaku cepat ! 

Sebenarnya aku pun xtahu sebelum ni, hahaha ! Tapi Alhamdulillah zaman canggih ni, aku search je kat internet and now baru aku sedar fungsi kondisioner rambut nih ! Aku dapat tips ni pun sebab aku pergi saloon tanya macam mana tak nak bagi rambut kering. Tambah-2 rambut aku ni dah makin panjang. Terima kasih ye mak cik saloon ! Tqvm !!

Dulu pakai then xpakai. Patut la rambut aku kering. Dah penat pakai minyak rambut tp hasil mcm tu jer. Now, rambut dah lembut ! Sukanya ! 

Cara pakai kondisioner rambut :

1. Selepas anda shampoo rambut dan cuci sampai bersih, sapukan kondisioner rambut terutamanya dari hujung rambut ke tengah rambut.  * Jangan sampai di kulit kepala ! 

2. Biarkan dalam 1-2 minit. 

3. Bilas dengan air macam biasa.

4. Korang akan rasa hasilnya macam mana nanti !! Hehehe


Beza kegunaan shampoo & kondisioner rambut :

Shampoo : Untuk kulit kepala

Kondisioner rambut : Untuk helaian rambut

Okay, itu sahaja perkongsian aku pada petang ni ! 
Selamat mencuba ! 

Sabtu, 25 Oktober 2014

Beauty : Contact Lens (CL) Playboy

Assalamualaikum !
Hai, hari ni aku nak share pasal CL yg aku pkai.
Aku pakai pun bukan suka2 nak pakai tau tp yg berPOWER.
Yew la, dah rabun kan, kalau aku xrabun aku mmg x akan pakai dah CL ni.
Tapi yup, pakai CL ni bukan mudah. As a user, kau kena jaga elok2 tau jangan ambil mudah jer.

FYI, first time aku pakai CL masa 2011 masa umur aku 16 tahun lagi, tp time tu ilmu jagaan aku tentang pakai CL ni masih low dan aku pun xsesuai pakai jenama XXXX . Lepas tu aku janji dah yg aku xnak pkai dah brand tu ! Plus masa tu aku xtau cara nak pkai CL ni, apalagi merah la matanya.
So, lpas 2 kali pkai aku give up. Lama2 CL tu kering air dan aku buang.

At year 2014, setelah 3 tahun . . .

Dalam bulan 6 abang aku nak kahwin, so aku bagitau Ummi aku yang aku nak pakai CL nnti majlis kahwin abang aku nnti sebab susah la nak pakai spec ni. Hahaha !
Ummi aku on jer, tp abah aku hurmmm kemain lg dia cakap keburukan pakai CL ni.

Yes, I admit it. So, aku gerun jugak lah. Oleh itu, aku ambil langkah berhati2. Sebelum beli CL, aku banyak buat search dekat internet cara2 nak pkai, nak cuci, nak buang, nak simpan and etc.

So, aku pun pi kedai cermin mata. Aku survey2 masa tu, aku still nak beli yg jenama XXXX yg first time aku pakai dulu. Tp dengan izin Allah, jenama XXXX pada masa tu xde power yg sesuai dgn mata aku sbb hbis stok.

So, saler tu pun suggest la brand PLAYBOY ni. Aku pun on jer sebab nak try. Dah dia kata produk baru an. Harga dia boleh tahan juga la RM 40.00 sekotak.

Alhamdulillah, selesa sgt2 pakai. Nak buang pun senang. Bila pakai pun, dia x move rata2. Lepas tu cukup 2 bulan aku da xberani da nak pakai sbb dia monthly just for one month. Aku pakai lebih sebulan. Haish, jangan amalkan sikap ini ye dear CL users.

***PLEASE JANGAN PAKAI LEBIH DARI 3 BULAN!!!***

Sayang bnyak mana pun kau dekat CL tu kau kena buang. PLEASE SAYANGI MATA ANDA !
Lepas tu, masa hari raya haji tu aku try la nk pakai brand yg lain. Harga dia murah la RM 28.00 sekotak. Tp... YA ALLAH, takut giler aku dgn CL ni, everytime aku pakai dia asyik move je, aku bimbang dia akan hilang dr mata jer. FYI, masa kita nk pakai CL kita akan cuci terlebih dahulu, so aku dpt rasa la masa nk cuci ni dia lain macam. LICIN! Too SOFT maybe. Macam jelly gitu. But really different with PLAYBOY, sgt selesa. Lepas tu, brand XXXX ni 3 times aku pakai, masa nak buang tu, CL ni koyak !! oh NO! Aku rasa okey, ada baiknya juga ko koyak, aku pun xnak pakai da jugak. HAHAHA.

So, aku gi kedai cermin mata, aku beli yang jenama PLAYBOY again. I janji I akan setia dengan you. Tak akan cari yang lain dah. Promise. HEHEHE.
*Even harga dia mahal sikit pun, aku xkisah. Yang penting SELESA. Beza pun xmahal sgt.


Okey, satu lagi yg aku minat pasal CL PLAYBOY ni. Cuba kau tengok pic atas ni.
Yang kelabu tu brand XXXX and yg brown tu jenama PLAYBOY. Yang kelabu tu nmpak macam FAKE je bila kau pkai but yg brown tu corak dia bila kau pakai nmpak more natural bg siapa yg xsuka overdose la. FYI too, aku xsuka pakai wrna BIRU, KELABU, HIJAU or yg pelik2. Aku lebih suka wrna yg natural sesuai dgn orang ASIA. =)

Dan CL PLAYBOY ni ada 3 color sahaja :



1. Secret Black     2. Sweet Choco     3. Honey Gold

**Aku pakai yang Honey Gold =)

Okey, itu sahaja tentang CL favourite aku hari ni. Nanti aku akan share dgn korang tentang penjagaan pakai CL pula ! See you later !

Rabu, 22 Oktober 2014

Gincu Red Valvet (AVON)

Assalamualaikum ppl !

Okay, skrang aku nak share salah satu alat kosmetik yg aku pakai, lipstik ! 
Actually lipstik ni mmg sgt2 bagus utk bibir. 
First pakai yg sample pun aku da jatuh cinta, then terus follow up beli yg baru.

Lipstik ni kalau pakai pun bibir kita xakan kering sbb dia ada kolagen, vitamin E, Phytol, vitamin C, SPF 15 & 50% bahan melembap.

Warna dia pun menawan. Tak over sgt, tp it depend on bibir pemakai juga. 

Ultra Color Absolute Lipstick 3.6 g