Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lifestyle. Papar semua catatan

Ahad, 31 Disember 2017

Kecantikan : Cetaphil Again ?!

Assalamualaikum semua....

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Nabihah nak share something ni... Nabihah dah get back balik dengan pencuci muka Cetaphil ni, sebab muka Nabihah naik jerawat lepas tukar pencuci muka brand lain. Dua kali kut tukar dalam masa yang singkat. Mungkin kulit kita terkejut kan ? Aduiii... itu la, asal gatal sangat nak tukar.  Ummi pun dah marah sebab tukar-tukar brand 😢.

Sebelum ni Nabihah dah try pakai Cetaphil trial kit and memang positive effect. Boleh singgah sini kalau nak tahu. Kat bawah ni Nabihah baru beli di Watson. Nasib baik ada, ni pun last tau. 😁 Yang tinggal hanya untuk oily skin je. Even mahal pun, it's okay sebab bukannya cepat habis. Tahan la dalam berbulan-bulan.

RM 36.30 for 250 ml 

Jadi, Nabihah nak pesan, kalau korang da pakai pencuci muka yang da elok, tak yah duk tukar-tukar la... jerawat memang mudah naik, tapi nak merawat tu makan masa, parut lagi makan berbulan-bulan or bertahun-tahun weii... jangan-jangan... 


satu tips lagi, kalau da rasa tak sesuai, jangan teruskan produk tu, tak kira la produk apa pun. stop use it. restkan kulit. jangan pakai krim yang berminyak or what so ever lah. Time naik jerawat Nabihah elakkan pemakaian bedak di bahagian jerawat. 

Next, jaga pemakanan dan lifestyle korang. Nanti ada masa Nabihah ulas pasal ni okey. Haaa.. Nabihah da ngantuk ni.. Goodnight... 



Isnin, 6 November 2017

My Thesis Done !

Assalamualaikum, 

Wah, hari ni Nabihah berkesempatan nak menaip blog ? 😄 Al-maklum la tadi baru je habis exam paper subjek Pengantar Pengurusan. Baki 3 paper lagi... Oh no... bila fikir buat I sakit perut la pulak... 

1. Pengantar Pengurusan
2. Pembangunan Kesihatan
3. Mikrobiologi Farmaseutik 😅
4. Kimia Farmaseutik 😅

Mikrob and Kimia are the killer subjek for me... kyaaaa !! Goosebump ! Doakan saya ya. 😊

Alhamdulillah, thesis I dah siap dijilidkan. Fuhhh ~ Segala beban kat bahu tentang thesis ni rasa dah luluh satu per satu. Hahahaha. Sepanjang proses buat thesis ni serius memakan masa yang lama untuk mencari rujukan yang sah, menaip thesis, membuat proposal untuk diselia, print proposal, search internet, guna format betul, and seriusly.... take time... look simple tapi bila sendiri rasa, baru tahu. 

Lepas tu, VIVA, present hasil kajian yang kita dah selidik tu pula. Alhamdulillah, settle da semua. Sekarang jilid pun da settle. So, time to share with you all. Tehehehehe... 


Maybe, my thesis simple je kan bagi korang ? Tajuk pun tak berapa nak gempak an ? Tapi at least ni hasil titik peluh diri sendiri. No plagiarism. Mungkin gaya penulisan pun so-so je. Tapi sepanjang buat thesis ni, I enjoy. I rasa pengetahuan I tentang masalah obesiti ni bertambah. 

Yes, disebabkan kajian ni juga saya turut merasa bimbang kerana statistik obesiti di seluruh dunia makin meningkat dari tahun ke tahun. Malah implikasi/kesan obesiti ni sangat serius contohnya serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout. Disebabkan saya tahu kesan-kesan obesiti, I try my best to kaunseling orang-orang yang tersayang ni. Cara nak cegah pula senang je, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat tapi yang ni jugak lah susah an bagi kita ? Moga, Nabihah juga turut menjaga kesihatan diri agar kekal sihat dan cergas ! 😊

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melancarkan kempen 'SUKU-SUKU SEPARUH' . 


Suku protein (ayam/ikan/daging) 🐟 🐤
Suku bijirin (nasi) 🍚
Separuh sayur-sayuran dan buah-buahan 🍎 🌿

Bak lirik lagu 'Suku-Suku Separuh'

Senang saja nak sihat,
Ikuti saranan pinggan sihat Malaysia,
Suku suku separuh,
Ikut sahaja,
Suku ikan suku nasi,
Separuh sayur dan buah.

Haaaa, akak farmasi yang tengah menaip ni pun kena amalkan juga lah. Hahahaha. Eh, korang yang baca entry ni pun sama la juga yee ?? Jommm hidup sihat dan cergas !! 😃❤