Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Khamis, 18 April 2013

Kenangan di KmsE

Assalamualaikum? Jawab ke tak, xpe. Hehehe. Sebenarnya aku ni memang pelik. Dah terpampang dekat atas tu kawaii greeting cards Assalamualaikum tapi still nak tulis jugak. Biasa la, hobi orang rajin. 

Okay, sebenarnya aku nak share story aku untuk mendapatkan lesen P. Aduh, bukan kemain susah lagi nak dapatkan lesen P tau? Mestilah ada test nan JPJ an? 
Sebenarnya 3 kali aku kena test nan JPJ. Wow! Pecah rekod ke apa? Tak pun kan? Begini ceritanya, first test aku gagal dua-dua bahagian iaitu jalan raya and litar. Wow, teruknya... Maybe aku nervous kut. Mungkin. 
Second, aku lulus jalan raya tapi xlulus dalam litar pula! Apa kes ni? Semuanya gara-gara bukit. Hurm, sebab aku brek awal sangat. Ngokngek! Hehehe. And last test kelmarin (17/4/2013) , Alhamdulillah aku lulus gark... huh... berkat doa semua orang dan dengan izin Allah aku berjaya. Hehehe. 
Maknanya, aku dah x perlu pergi dekat sana lagi an? Aku dah xpayah bangun awal pagi and tunggu semata-mata nak pergi belajar kereta? Yay!!  Sekarang aku tunggu lesen P aku siap dan bolehlah aku laksanakan rancangan aku selama ni. Apa tu? Ada la, aku nak pergi belajar la... bukan pergi date. Alang-alang cuti budak-budak lepasan SPM ni masih panjang. Gunakan sebaiknya. Hehehe.
Kos Lesen D :
RM 150 - Pendaftaran KPP - 19 Jan 2013
RM 10 - Exam komputer - 26 Jan 2013
RM 250 - Bengkel - 4 Feb 2013
RM 30 - Bengkel - 9 Feb 2013
RM 520 - First Test - 25 Mac 2013
RM 70 - Second Test - 9 April 2013
RM 50 - Third Test - 17 April 2013
Jumlah = RM 1080
*Sebenarnya kalau ulangan untuk salah satu bahagian adalah RM 50. Tapi masa second test tu, cikgu aku baik sangat sebab bagi potongan. Kalau x, mesti RM 100. Terima kasih~ Hehehe. 
 
Pesanan untuk kitorang semua ialah bawalah kereta dengan berhati-hati dan selamat.
Semoga kita jumpa lagi! 
Bye!