Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan

Sabtu, 24 Jun 2017

Cuti Semester Bakal Berakhir

Assalamualaikum,
kepada semua pembaca blog ni, Nabihah tau semua orang sedang sibuk sekarang ni kan ?
Mana tak nya, esok dah masuk bulan Syawal. Ini bermakna Ramadhan bakal berakhir untuk tahun ini.
Tiba-tiba rasa sekejapnyaaaa masa berlalu... sedihnya...
Alhamdulillah cuti semester kali ni dalam bulan puasa, dapat lah berpuasa bersama keluarga tersayang kan ?
Haaaa, sekarang pun dah meriah rumah kitew ni duk kemas-kemas rumah. Hahahahaha.
Korang pula bagaimana ? Cerita la sedikit perasaan tu... haaaa...
Hurmmmmmm....

Tapi kan.... raya ketujuh (7 Syawal) aku da bertolak balik ke Perak untuk semester baru.
Ini bermakna... aku dah masuk semester 6 (tahun akhir).
Ya Allah, sekejapnya masa berlalu kan ? Pejam celik pejam celik dah 3 tahun belajar.
Yang aku duk nerves sekarang ni pasal isi borang penempatan untuk kerja nanti.
Di mana harus aku pilih ?   

Aku dalam dilema.. 

Tapi kan, walau apa pun yang aku isi nanti, di mana aku bakal ditempatkan adalah ketentuan-Nya. 
Sekarang, aku berdoa semoga Allah menempatkan aku di tempat yang sebaik-baiknya dan dekat dengan tempat kerja bakal suami aku supaya apabila aku berkahwin nanti (bila dah jodoh) kami dapat bersama (I don't want LDR ; Long Distance Relationship). Selain tu, persekitaran pun sesuai dengan aku. Insya-Allah. Doa-doakan Nabihah yeeee... Aminnnn....

Hurm, nim sepanjang cuti semester ni aku duk rumah bukan buat apa pun, nothing interesting (tiada yang menarik) juz playing a game... (Nintendo 2DS actually) playing Harvest Moon Rune Factory 3. 
A little bit mengecewakan kerana tiada female player, jadi aku terpaksa jadi male player lah ! Huh... 

Usha punya usha... ada Harvest Moon Rune Factory 4 yang mana ada female player... tapi main guna Nintendo 3DS. Okay, pasal harvest moon ni aku akan taip asing dalam entri aku akan datang (entah bila akan update sebab da nak raya + da nak bukak semester 6 yang mana sibuk dengan research, presentation, exam and so on).

Maaf juga kepada yang duk komen-komen dalam blog ni tapi xberbalas, bukan apa, takde masa nak update. Sibuk dengan real life...

Selamat Berpuasa ! 





Jumaat, 23 Jun 2017

My Resepi : Ikan Pekasam

Assalamualaikum to all my readers out there.
Yes, now I have a time to update my blog because now I'm in a mid semester break !

So, last time, Nabihah praktikal kat Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
And sebelum tamat praktikal kat sana ada staff yang cakap ada kenalan yang jual ikan pekasam ni.
So, aku pun cuba lah beli lagipun murah sahaja dia jual.


RM 3.00 satu paket.
RM 5.00 dua paket.

Alang-alang nak balik kampung ni, akupun beli lah sebanyak RM 20 (lapan paket).
Lagipun aku bukan makan sorang okay.
Niat aku nak bagi dekat family yang ada di hati ni jugak.

So, hari ni. Ummi Nabihah goreng ikan pekasam ni sebab aku tak pernah makan lagi sebelum ni.
Hahahahaha. Ruginya rasa sebabbbbb bila aku try makan hari ni rupa-rupanya sedappp...
Yummmyyy...
Ikan dia rasa manis je. Mungkin bergantung pada ikan yang digunakan juga kut.
Entah, aku pun tak pasti.

Beza rasanya ikan pekasam dengan ikan kering.
Ye la, nama pun beza.
Ikan pekasam dia tapai dengan beras manakala ikan kering dijemur dengan garam ee ?
Kalau salah perbetulkan ee. Hahahaha. aku tak tahu.
Haaaaa, kalau korang nak kongsikan pengalaman korang boleh la komen kat bawah eee..

FYI, ummi kita goreng ikan pekasam ni dengan masukkan juga sedikit bawang dan lada.
Hehehe, nice to try an ?

Okay, that's all.
Aku minta diri dulu !