Utama Ilmu Komik & Novel Hiburan Kecantikan & Kesihatan My Resepi

Rabu, 22 Mei 2013

After SPM - Di Mana Hala Tuju ku ?

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah. Segala urusan aku bagaikan dipermudahkan atas bantuan Yang Maha Esa. 

Semua orang pun dah tahu yang keputusan UPU sudah lama keluar. Alhamdulillah, aku dapat kos Diploma Sains dan Matematik di UiTM Machang. Malah ianya pilihan yang pertama semasa aku mengisi borang dulu. 

Disebalik cerita tu, selepas result SPM keluar. Ummi aku ada beritahu yang seorang kaunselor ni akan bantu kita isi borang yang bersesuaian dengan result kita. Mula-mula tu rasa malas juga nak pergi. Tapi selepas dipaksa oleh Ummi aku pergi juga. Ummi aku dapat tahu pun sebab jiran sebelah rumah aku yang cadangkan supaya berjumpa dengan beliau. Terima kasih banyak-banyak. 

About him :

Hj Boniy Amin Yusof
PT 124, Pekan Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel/Fax : 609-778 7788
H/P : 019-981 4122
Rum : 609-778 7789

Okey. First time aku sampai di pejabat Ayah Haji (popular dengan nama Ayah Haji :)) . Wah, memang terkejut lah! Ramai sangat orang! So, cepat-cepat pergi ambil no giliran. Memang hebatlah aku dapat no giliran yang ke 59. Huhuhu. 

Masa sampai di pejabat Ayah Haji pun dah pukul 4.00 petang. Dan masa tu orang yang bertemu dengan Ayah Haji baru no yang ke 39. Nak sampai ke 59?! Memang lama. Sampaikan family aku sempat jalan-jalan di Pantai Bachok lagi. Hehehe. Tunggu punya tunggu pukul 7.00 malam baru sempat jumpa Ayah Haji. 
Masa jumpa Ayah Haji terus je tunjuk result and dia akan sebut no kod terlebih dahulu. Wah, hebat! Dengan tengok result je dia dah tahu kos apa yang sesuai untuk aku supaya dapat isi borang UPU nanti. 

Antara cadangan Ayah Haji adalah :

UPU

1. Kursus Diploma Sains Matematik   
2. Kursus Diploma Pengajian Perbankan   
3. Kursus Asasi Sains Fizikal   
4. Kursus Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer   
5. Kursus Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan   
6. Kursus Diploma Kejuteraan Elektrik   
7. Kursus Diploma Ukur Bahan   
8. Kursus Diploma Analisis Pelaburan   

SPA 

1.Latihan Penolong Pegawai Farmasi
2.Latihan Juruteknologi Pergigian

Yang SPA tu aku isi dua saja. Yang lain aku xboleh pilih. Dan Alhamdulillah pilihan pertama aku di UPU gark aku dapat. Kalau diikutkan kemalasan aku hari tu tentu aku xdapat UPU sebab pilih kos entah apa-apa. Bersyukur sangat2. Alhamdulillah. So, jangan malu-malu lah nak jumpa Ayah Haji.

But! Ahad lepas - 19 May 2013 aku pergi jumpa Ayah Haji and tunjukkan surat tawaran Matrik dan UiTM. Nak tanya sama ada yang mana aku patut pilih and lau pilih kos ni. Bila keluar dapat kerja apa. 
So, memang automatik lah cadangan Ayah Haji ialah Matrik. Katanya jimat masa. 2 tahun ! 

But... di Matrik aku terpaksa belajar balik subjek Kimia, Fizik and maybe Addmath kut. Hurm, 3 subjek ni bagaikan killer lah bagi aku. 

Lepas balik, Ummi aku ada call kawan dia. Anak kawan dia tu pun pernah belajar di Matrik and sekarang study Diploma Sains dan Matematik. Sama kos macam aku. Dan dia always dapat pointer tinggi lah. 

Pengalaman dia (Dipanggil Kak Gi) :

" Masa dia masuk Matrik dalam masa 3 hari, dia cakap semua kawan-kawan dia dah start tanya senior-senior. Lepas tu, semua orang jalan cepat-cepat. And kat sana Fizik dia lebih susah la dari Bio. And di UiTM kita just belajar yang kita fokus. Macam kos akak, akak study calculus...and so on... " (*aku pun xfaham apa yang dia bagitahu. Lepas ni aku faham lah... :silly: Hehehe )

What ?! Masya-Allah. Okay.. Lepas buat pertimbangan... aku pilih UiTM. Lagipun tu kos yang sesuai dengan aku. Kalau aku pilih Matrik nampaknya terpaksalah aku bertolak ke Selangor. And, aku lebih suka belajar Matematik daripada subjek yang merumitkan bagi aku. Insya-Allah. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh. 

Pesan Ayah Haji : 

S Self Confidence > Berkeyakinan Diri
M Maturity           > Kematangan Diri
A Adaptability      > Penyesuaian Diri
R Ready               > Bersiap Sedia Diri
T Thankful            > Bersyukur

Okay, dan satu lagi study dulu jangan gaduh nak 'bergewe' a.k.a couple . Lau nak gewe juga last sem, carilah nak cari pun. Huhuhu. Okay, aku memang take a note about that ! :face14:

Dan Alhamdulillah semasa nak check UPU mana yang aku dapat. Kawan aku, Syamihah tolong check untuk aku. Huh, aku memang pening lah sebab check2 xjumpa nak tekan button mana. Hehehe.. Thanks sya.. And lebih menguntungkan kami satu kampus walaupun berbeza kos ! Hehe.. 

Okay, panjang lebar nya cerita aku. Tapi bagi yang nak dapatkan nasihat tu boleh call Ayah Haji. 6 bulan seterusnya aku perlu jumpa dia pulak sebab nak maklumkan pointer exam yang kita dapat.. so.. dia boleh bantu kita lepas ni nak mintak Ijazah apa pulak. Thanks all.. k.. Bye ! 

Selasa, 7 Mei 2013

Beauty : Cara Mengatasi Selulit

Assalamualaikum. 2,3 hari ni aku asyik terfikir nak tulis sedikit info pasal kesihatan ni. Mungkin ramai yang mengalaminya. Iaitu SELULIT! Aku pun tengok paha artis-artis korea yang pakai short-short tu cantik giler. Apa rahsianya ya? Jom, explore! 
Apa itu SELULIT?
SELULIT terlihat seperti kulit jeruk yang umumnya terdapat pada bahagian perut, paha dan punggung. 
Selulit selalu dikaitkan dengan masalah untuk kaum wanita kerana kaum lelaki  mempunyai risiko yang lebih rendah? Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya selulit. Antaranya ialah seperti faktor hormon, gaya hidup yang tidak sihat dan lain-lain.  
Antara tips untuk mengatasi masalah selulit adalah seperti berikut :
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat 
contohnya : 
- selalu bersenam. 
2. Mengurangkan pengambilan lemak 
contohnya : 
- keju
-makanan yang berminyak
-ais krim
3. Mengurangkan makanan yang terlalu manis 
contohnya :
- coklat
4. Mengurangkan makanan yang masin
5. Mengurangkan makanan segera
contohnya :
- snek
6. Hidup bebas tekanan 
contohnya :
- sentiasa solat dengan khusyuk untuk menenangkan diri kerana hidup yang penuh tekanan akan menggalakkan peningkatan hormon stress ( catecholamines ).
7. Melakukan urutan + aromaterapi 
Hurm, setakat tu je analisisnya kut. Yang paling penting adalah senaman!