Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Sabtu, 22 Jun 2019

My Gastrik Story..

Assalamualaikum,

Gastrik ialah keadaan apabila berlakunya keradangan pada perut.

9.6.2019 (Ahad)
In my case, hari aku sampai di rumah sewa.. aku tak de selera nak makan nasi sebab aku je yang first sampai rumah.. my other housemate belum sampai lagi sebab keesokan hari baru sampai.. so, aku pun skip makan malam juz makan roti and milo kotak.. masa tu perut aku memang lapar tapi aku abaikan.. 😭 aku terus tidur even masa tu perut aku macam lapar la.. next day kerja.. ni pom salah satu punca juga sebab aku asyik duk fikir kerja aku yang menimbun lepas cuti raya puasa.. faham2 la kan macam mana.. as we all know, stress pun  boleh jadi punca asid gastrik meningkat dalam perut.. 

10.6.2019 (Isnin)
Awal pagi lagi aku da rasa mcm sakit perut (pedih ulu hati) and badan aku sejuk panas (demam).. sbb overwork cover balik kerja aku yang bertimbun tu, memang aku juga yg kena settle sensorang.. malam ni aku demam teruk..

11.6.2019 (Selasa)
This morning aku rasa mual nak muntah but keluar gas je aku rasa and cirit birit.. masa ni aku da wassap ketua aku yg aku xleh hadir kerja.. aku tahu yg aku kena pergi klinik.. sebab aku pernah ada history gastrik... 😥 pagi tu jugak aku wassap Kak Zi (my housemate) pukul 6.25 am mintak tolong dia bawa aku ke klinik sebab aku da xtahan.. sakit perut.. time ni aku jalan pun da macam nenek bongkak 90°... Ya Allah sakit nya hanya Allah je yg tahu..

2016 - The last severe gastrik yg aku pernah lalui... 😣😣😣 aku janji aku akan jaga kesihatan selama-lamanya dan semampu yg boleh.. 😣😣😣

Kak Zi bawa aku pergi klinik swasta.. and aku minta doktor utk cucuk aku ubat tahan muntah.. after that, aku balik rumah tapi masih continue muntah and cirit-birit.. masuk je makanan muntah balik.. masuk je ubat pom muntah balik.. aku da lembik dah.. ase tak larat sangat.. malam tu aku call Ummi aku, merayu-rayu supaya diorang datang Teluk Intan.. aku tahu aku menyusahkan diorang tapi aku perlukan Ummi dan Abah aku time ni.. aku menangis teresak-esak masa on the phone dgn diorang.. Tapi, my parents said suruh aku makan ubat dlu tgk macam mana progress.. so aku ikut je.. mana tahu an esok da okey..



12.6.2019 (Rabu)
Sangkaan aku meleset.. makan breakfast je aku terus muntah, my stomach tak leh nak accept makanan pun.. so aku call Ummi aku terus pukul 7.32 am tu.. merayu sekali lagi supaya mereka datang.. aku dah xlarat nak handle sensorang.. then Ummi and Abah call balik pukul 8.01 am bagitau pukul 9 am diorang bertolak datang ke sini.. this time.. aku menangis sayu.. sebab Ummi dan Abah sanggup datang.. 😣😢😢😢😭😭😭


Sementara parents aku sampai.. aku duk menangis atas katil dah time ni, then Kak Zi balik rumah dari night shift.. terus sapa aku kat bilik.. tanya aku macam mana keadaan aku.. aku cakap masih tak okey.. then Kak Zi bagitau suh aku siap2 pergi emergency green zone hospital tuk minta tambah air.. she can see keadaan aku time ni memang da separa teruk.. 

Kak Zi drop aku kat triace kaunter dan pergi cari parking.. sesampainya aku kat triace kaunter tu,  aku tunjuk kad kerja aku and aku bagitau aku gastrik dah 3 hari and nak minta masuk drip tapi staff kat situ suh aku pergi klinik sejahtera (klinik staff).. dalam hati ni rasa bengang juga sebab dia jawab acuh tak acuh je, rasa mcm useless je jadi staff kerajaan tuk dapatkan rawatan kat tempat sendiri.. then aku call Kak Zi balik minta dia bawa aku ke klinik sejahtera (bukan dekat dri tempat aku ni.. dengan keadaan aku yg sakit ni.. nk jalan pun x larat).. 

So kitorang pergi la kat klinik sejahtera ni.. so aku bagitau keadaan aku.. and doktor amik darah dan urine utk lab test.. and aku request dgn doktor utk masuk air (normal saline iv drip) sebab aku makan je muntah.. so badan aku ni lembik dah.. then dari klinik sejahtera ni.. aku kena pergi lab utk hantar darah dan urine aku sendiri.. pastu pergi emergency zone pula tuk buat ECG Test and masukkan air.. aku kuatkan diri je time ni sebab nak cepat2 settle walaupun jalan pun mcm nak terbang rasa.. 

Then, dari green zone tadi, pergi ke lab utk amik keputusan darah and urine.. then go back to klinik sejahtera tuk bgi result kat doktor.. then baru aku dapat MC 2 hari to go back home and rest.. tuk lunch aku minta Kak Zi pergi Marybrown tuk beli nasi bubur plain.. but.. perut aku reject.. aku da xtau da nak makan apa lagi.. 🤢🤢🤢 this time.. aku duk counting hours aja tunggu my Ummi dan Abah sampai.. syukur Alhamdulillah.. pukul 5.30 pm diorang selamat sampai and check in at Rivertel Hotel.. that night aku nak tidur dengan Ummi.. aku rindu.. nak bermanja2.. even tengah sakit pun.. isk.. isk.. isk.. and we all decide tuk balik Kelantan keesokan hari.. utk dapatkan rawatan kat sana pula sebab keadaan aku masih x okey.. yes.. it really hurt.. bila kau makan tapi muntah balik..





13.6.2019 (Khamis)
Kami bertolak ke Kelantan pada pukul 9.45 am.. dalam perjalanan ni.. aku duk tahan je rasa sakit perut ni.. setibanya di R&R Perah.. aku jamah nasi sikit dalam separuh senduk saja.. tuk isi perut agar tidak kosong.. then we continue our perjalanan again.. Alhamdulillah 4.30 pm sampai di rumah.. and terus bersiap2 tuk pergi klinik again..


"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa" - Hadis Qudsi

Alhamdulillah.. dengan izin Allah.. selepas mendapatkan rawatan di sini.. aku okey sikit.. and xde rasa muntah lagi.. tambah2 pula dapat balik rumah.. makan masakan Ummi.. cuma perut aku still rasa sekak and after I eat T.Simethicone.. aku akan sendawa @ kentut.. and ini boleh mengeluarkan angin supaya perut aku tak sekak lagi..

14.6.2019 - 15.6.2019 (Jumaat & Sabtu) 
The day I rest at home dengan tenang.. and makan ubat on time.. 😖😖😖 Time ni aku timbang berat badan aku.. turun 1 kg.. dari 45kg to 44kg.. Allahuakbar.. semoga sakit aku ni dapat menghapus dosa-dosa aku..

16.6.2019 (Ahad)
Hari aku naik bas utk kembali ke Teluk Intan.. berat nye rasa hati tuk pergi.. hurmmm.. tapi.. demi kerja dan mencari rezeki yang halal.. aku terpaksa pergi jua.. Aku harap suatu hari nanti.. aku dan suami aku dapat bertukar tempat bekerja ke Kelantan.. Insya-Allah.. aku hanya mampu berdoa dan bersabar sahaja walaupun hari-hari terseksa sebab tinggal berjauhan dengan orang2 yg tercinta.. tambah pula aku duk di Teluk Intan - Kelantan mengambil masa 8 jam 30 min (Bus)..


17.6.2019 (Isnin)
Bekerja keras tapi setakat mampu, sebab aku pun bukan robot.. biar la kerja bertimbun pun, aku slow2 sahaja bekerja.. tak nak STRESS, nanti asid gastrik meningkat.. so aku slow2 je la.. balik kerja tu terus pergi TF MART beli ayam, kunyit hidup, biskut, mineral water and SAYUR.. Yes ! Sayur penting okay.. dulu aku pernah kena gastrik and doktor tu cakap.. kalau aku tak makan sayur.. aku akan mati.. I know.. doktor tu suruh aku makan sayur sebenarnya..



Mulai hari aku sakit tu aku dah set kan minda aku supaya letakkan diri sendiri as a priority.. I know secara tak sedar aku stress teruk masa ni sebab 2 hari sebelum nak raya tu suami aku accident.. and aku serabut duk fikir pasal report and insuran bagai.. after that, aku stop kan semua benda ni.. aku nak let it go je.. aku nak utamakan diri aku kejap.. then.. I'm fine a little bit.. 🙂


To all my reader.. doakan aku dan suami aku.. supaya kami dapat balik ke kampung kami dan tinggal bersama.. Terima kasih.. semoga Allah merahmati kalian jua.. 😇❤


Sekian sahaja coretan daripada aku utk hari ini.. 😊

Jumaat, 21 Jun 2019

My Husband Got An Accident..

Assalamualaikum..

Hari ni dah memasuki Syawal ke 17.. 
Baru berkesempatan untuk menulis blog sekali lagi.. 

Pada 2 hari sebelum tibanya Syawal..
ahli keluarga kami di uji dengan suamiku terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berada di kampung..
Kejadian berlaku ketika suamiku ingin pulang ke rumahnya (my mak mertua). That time, aku tak terdetik pun nak ikut bersama. Actually, kami selalu saja pergi bersama ke mana-mana sahaja.. Mungkin pada malam itu, Allah S.W.T masih memberi aku kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Nya lagi.. syukur.. Alhamdulillah, ya Allah... 😣

2.6.2019 - 4.6.2019
My husband warded for 2 days at HRPZ II..
Hari buat ketupat (last day puasa) discharge..
Alhamdulillah 😇 

Raya tahun ni dalam rumah sahaja, tak dapat gi mana2 lah sebab keadaan suami x mengizinkan utk berjalan2, huhuhu 😂😂😂
Baju raya pom recylce yang 2-3 tahun lepas punya.. 😊

Apa-apa pun, aku bersyukur pada Allah S.W.T kerana my husband only get minor injury which is his ankle broke.. and semuanya selamat, juz our car is totally lost.. memang x boleh pakai langsung dah.. it's okay, harta boleh dicari.. yang penting anggota badan kita sebab ianya sungguh bernilai dan x boleh dijual beli.. 😇

Itu sahaja coretan Wan Nabihah utk post kali ini.. 😊


Sabtu, 15 Jun 2019

After a long break... now my life has changed...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, untuk tahun 2019... this is my first post after 6 months break...

Now my life da berubah which is I'm a wife to someone...

This is our pre-wedding shot...



Pada 1.2.2019, majlis akad nikah aku berlangsung dengan lancar dengan izin Allah S.W.T... akad nikah dilangsungkan di rumah aku sendiri... syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Pada 2.2.2019, majlis bersanding berlangsung. At that time, masa nak 'berlarok' (menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan) hujan tiba-tiba turun dengan lebat sekejap lebih kurang 5 saat je... orang kata hujan rahmat... so time ni, my cameraman tak dapat amik gambar aku menjemput suami, sedihnya... isk.. isk... isk... apa-apa pun semuanya berjalan dengan lancar...
Tetamu jemputan kitorang lebih kurang 250 lebih sahaja kerana majlis yang diadakan secara bersederhana sahaja...

Pada 5.2.2019, majlis bertandang.
Alhamdulillah, belah suami kenduri diadakan secara gotong-royong di mana suami menyembelih seekor lembu untuk kenduri...

Entry ni sepatutnya di pos masa 10 malam terakhir ramadhan, tp disebabkan sibuk dgn kerja maka tertangguh lah entry ini.. tapi, Alhamdulillah.. hari ni berjaya di publish 😊