Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Sabtu, 20 Disember 2014

Beauty : Fungsi Kondisioner Rambut

Assalamualaikum ! Hai, hari ni aku terpanggil-2 oleh blog Fly High ni nak tulis entry pasal fungsi kondisioner rambut. 

I know, mungkin ramai yang xtahu fungsi kondisioner rambut kan ? kan ? termasuklah anda, betul tak ? hahaha ! Baik ngaku cepat ! 

Sebenarnya aku pun xtahu sebelum ni, hahaha ! Tapi Alhamdulillah zaman canggih ni, aku search je kat internet and now baru aku sedar fungsi kondisioner rambut nih ! Aku dapat tips ni pun sebab aku pergi saloon tanya macam mana tak nak bagi rambut kering. Tambah-2 rambut aku ni dah makin panjang. Terima kasih ye mak cik saloon ! Tqvm !!

Dulu pakai then xpakai. Patut la rambut aku kering. Dah penat pakai minyak rambut tp hasil mcm tu jer. Now, rambut dah lembut ! Sukanya ! 

Cara pakai kondisioner rambut :

1. Selepas anda shampoo rambut dan cuci sampai bersih, sapukan kondisioner rambut terutamanya dari hujung rambut ke tengah rambut.  * Jangan sampai di kulit kepala ! 

2. Biarkan dalam 1-2 minit. 

3. Bilas dengan air macam biasa.

4. Korang akan rasa hasilnya macam mana nanti !! Hehehe


Beza kegunaan shampoo & kondisioner rambut :

Shampoo : Untuk kulit kepala

Kondisioner rambut : Untuk helaian rambut

Okay, itu sahaja perkongsian aku pada petang ni ! 
Selamat mencuba ! 

Ahad, 14 Disember 2014

Temuduga SPA : Latihan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak share pasal interview (iv)  SPA yg aku alami pada 5.11.2014 iaitu latihan penolong pegawai farmasi bertempat Kota Bharu, Kelantan.

FYI, aku dapat 3 tawaran, tp aku pilih penolong pegawai farmasi.

Antara yang aku dapat :

1. Latihan Juru X-ray
2. Latihan Juruteknologi Makmal
3. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

FYI, kebanyakan dalam internet aku asyik jumpa iv tentang juruteknologi makmal, jururawat dan pegawai pembantu perubatan (MA). Antara ketiga-tiga ni mmg popular lah. Jarang sangat ada blogger-2 yang share pasal Penolong Pegawai Farmasi ni. Atau aku yg xjumpa. Hehe.

So, apa-apa pun aku tetap buat research jugak. Antaranya :
  • Nama Perdana Menteri
  • Nama Timbalan Perdana Menteri 
  • Nama Menteri Kesihatan **
  • Maksud bendera Malaysia
  • Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 
  • Tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi **boleh rujuk laman portal SPA
  • Nama dan jenis-2 ubat **
  • Kegunaan Ubat **
**soalan yg popular

FYI, aku memang xpernah ditemuduga sebelum ni, so aku banyak buat latihan cara-2 bercakap di cermin. Al-maklum la aku ni jenis yang bercakap pun halus manis. Hahaha, kadang-2 tu mungkin mcm berbisik kalau bercakap. Ni jugak untuk persediaan dari segi keyakinan diri a.k.a self confidence.

Okay, sekarang kita teruskan dengan pengalaman aku semasa ditemuduga.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku ingin kongsikan pengalaman ini. Semoga bermanfaat.

Akhirnya, setelah hampir 4 jam aku tunggu. Giliran aku sudah tiba.
Sebelum giliran aku tiba, aku berdoa pada Allah, semoga Allah mempermudahkan urusanku.
Aku baca surah Taha, ayat 25-28.
Ayat ni aku memang hafal masa aku di UiTM lagi. Especially bila ada speaking practice @ speaking test.


Pendek je kan ayat ni ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay.
Sebelum masuk bilik temuduga.
Aku ketuk pintu 2 kali sederhana kuat.

"Masuk" - kata penemuduga dari dalam.

Aku pun masuk. Bagi salam sebab dua-2 muslim sambil senyum. Maniskan muka. Hehe.
Aku berdiri seketika di tepi kerusi lepas tu penemuduga 1 minta fail.

*P1 = Penemuduga 1  P2 = Penemuduga 2

P1 : "Fail anda ? "

*Hulurkan fail tu dalam keadaan penemuduga terus boleh baca.

P1 : "Anda boleh duduk."

Aku : "Terima kasih, Tuan."

sementara tu, P1 tu check my resume dan P2 check fail aku.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah, awak ni belajar di UiTM. Tentu Cik Nabihah ni belajar dalam Bahasa Inggeris kan ? Sebab UiTM. So, could you please introduce yourself ? "

Aku : So, aku pun intro la dalam BI. Nah, nasib baik aku prepare jugak introduce dalam BI. ( Antaranya nama, umur, jumlah family, pekerjaan family. )

P1.  : "Urm, Cik Nabihah belajar kos Sains Matematik dan dah 3 semester bermaksud 1 tahun setengah dah belajar, agak jauh juga dengan farmasi ni. Kenapa Cik Nabihah pilih farmasi ni ? "

Aku : Jawab la sebab-2 aku pilih kos ni. Korang prepare la alasan korang bagi yang dah belajar tu.

P1 : "Dalam ahli keluarga Cik Nabihah ada ke paramedik ? "

Aku : "Ada tuan, iaitu abang saya. "

P1 : "Ooo, bahagian apa?"

Aku : "Bahagian MA, Tuan."

P1 : "Ooo, MA. Abang awak kerja di mana ? "

Aku : "Johor, Tuan."

P1 : "Sekiranya Cik Nabihah kerja nanti, tidak semestinya Cik Nabihah boleh tinggal dengan abang di Johor. Mungkin di Sabah atau Sarawak. Adakah Cik Nabihah sanggup ? "

Aku : Jawab alasan dengan munasabah okay ? ( Dah memang confirm semua org akan jawab sanggup kan ? I'm right ? )

P1 : "Adakah kedua ibu-bapa Cik Nabihah sokong ?"

Aku : "Sokong, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, Cik Nabihah. Ada ahli keluarga paramedik ?"

Aku : "Ada, Tuan. Abang saya."

P2 : "Owh, tadi. MA kan ? "

Aku : "Ya, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, apa tugas dan tanggungjawab seorang penolong pegawai farmasi ? "

Aku : "Tuan, tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi ialah ..... * ada dalam laman portal SPA --> sini "

P2 : "Lagi ?"

Aku : "Selain itu juga, pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit."

P2 : "Selain tu juga, membantu di dalam penyediaan stok-2 ubat."

P1 : "Cik Nabihah, macam mana kalau penolong pegawai farmasi tu tersalah bagi ubat ? Boleh ke kita saman dia ?"

Aku : aku cakap la boleh sebab ianya melibatkan nyawa orang. so, wajar kalau kita saman. aku pun cerita juga psal seorang ibu ni bagi ubat yang dah luput tarikh dan sekarang 2 orang anaknya koma. *Ini aku terbaca dalam buku i-sihat. Alhamdulillah, bermanfaat. Hehehe.

P1 : "Tapi tu ibunya. Maknanya bahaya la kalau kita tersalah bagi ubat kan ?"

Aku : "Ya, Tuan."

P2 : "Cik Nabihah, ada apa-2 lagi nak beritahu atau tanya ?"

Aku : aku ucapkan terima kasih dan minta bgi peluang. Hehehe. Yang penting tunjukkan kesungguhan korang. Prepare awal-2 ayat korang.

P2 : "Okay itu saja. "

P1 : "Owh, sebelum tu Cik Nabihah, awak kenal tak Menteri Kesihatan sekarang ?"

Aku : ok, search dlam internet ok ?

P1 : "Owh, bukan XXXX ?"

Aku : "Tak, Tuan." -Sambil geleng kepala. Sempat lagi dia buat lawak. Haha, masa tu diorang ketawa kecil. Aku senyum-2 je.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah boleh ambil fail ni."

Aku : "Terima kasih, Tuan." -sambil tunduk hormat sikit.

Alhamdulillah, rasa macam urusan aku dipermudahkan. Dan sekarang tunggu keputusan lulus ke tidak pula iaitu 8.12.2014.

Yang penting, hubungan kau dengan Allah kena jaga, hubungan dengan ibu bapa, selain tu solat hajat pun penting. Tapi kalau tak dapat, jangan give up. Mungkin rezeki korang di tempat lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu juga, aku jumpa dengan perujuk peribadi.
Tentang Hj Boniy Amin Yusof.

Hj Boniy Amin Yusof
PT 124, Pekan Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel/Fax : 609-778 7788
H/P : 019-981 4122
Rum : 609-778 7789

Aku dah post dah pasal beliau sebelum ni. Korang leh tekan SINI.
Dan sampai sekarang aku masih jumpa dia.
Alhamdulillah, dengan pertolongan beliau bnyak sangat membantu.
Tambahan pula, aku ni ilmunya cetek sahaja, tidak berpengetahuan luas. Apa salahnya kita rujuk orang yang lebih berilmu daripada kita kan ?

"Nak seribu daya, tak nak seribu dalih"

Betul tak ?
Bagi area Kelantan lagi senang sbb xjauh sangat. And masa aku jumpa dia. Ada student dari Kuala Lumpur, Pahang and so on sanggup naik bus or flight untuk berjumpa dengannya. Tapi, kalau nak tahu lebih lagi call la dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, 2 Disember 2014 keputusan temuduga keluar.
Urm, penempatan tempat latihan aku dapat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak.

Sejujurnya, aku mmg nerves ah, sebab dah lama tggal subjek kimia and sains ni.
Okay, itu sahaja.
Tulis panjang-2 nnti pointless plak.
Semoga bermanfaat & selamat maju jaya !