Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Ahad, 31 Disember 2017

Kecantikan : Cetaphil Again ?!

Assalamualaikum semua....

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Nabihah nak share something ni... Nabihah dah get back balik dengan pencuci muka Cetaphil ni, sebab muka Nabihah naik jerawat lepas tukar pencuci muka brand lain. Dua kali kut tukar dalam masa yang singkat. Mungkin kulit kita terkejut kan ? Aduiii... itu la, asal gatal sangat nak tukar.  Ummi pun dah marah sebab tukar-tukar brand 😢.

Sebelum ni Nabihah dah try pakai Cetaphil trial kit and memang positive effect. Boleh singgah sini kalau nak tahu. Kat bawah ni Nabihah baru beli di Watson. Nasib baik ada, ni pun last tau. 😁 Yang tinggal hanya untuk oily skin je. Even mahal pun, it's okay sebab bukannya cepat habis. Tahan la dalam berbulan-bulan.

RM 36.30 for 250 ml 

Jadi, Nabihah nak pesan, kalau korang da pakai pencuci muka yang da elok, tak yah duk tukar-tukar la... jerawat memang mudah naik, tapi nak merawat tu makan masa, parut lagi makan berbulan-bulan or bertahun-tahun weii... jangan-jangan... 


satu tips lagi, kalau da rasa tak sesuai, jangan teruskan produk tu, tak kira la produk apa pun. stop use it. restkan kulit. jangan pakai krim yang berminyak or what so ever lah. Time naik jerawat Nabihah elakkan pemakaian bedak di bahagian jerawat. 

Next, jaga pemakanan dan lifestyle korang. Nanti ada masa Nabihah ulas pasal ni okey. Haaa.. Nabihah da ngantuk ni.. Goodnight... 



Isnin, 25 Disember 2017

Jalan-Jalan Cari Makan : MyeongDong Topokki

Assalamualaikum to my reader,

Tonight, Nabihah nak share pengalaman makan kat Myeongdong Topokki kat Ipoh Prade, Perak. Tadaaa!! Ini apa yang Nabihah dan kawan-kawan Nabihah order. Kami share sebab kami nak try, kang tak habis pulak, membazirrr. 😚



Bulgogi BEEF Deopbap ★★★★☆ (4 star)


Okay, yang ni Nabihah memang rekomen kat korang
Daging : serius sedap dan lembut (tidak kenyal)
Nasi : macam korea style, lembik. 
Kimchi : masin. I don't really like it. 
Ikan Bilis : ok je
Sayur : kacang panjang goreng
Sup : ok je

MyeongDong Topokki ★★☆☆☆ (2 star)


Yang ni Nabihah ingatkan pedas, tapi tak pedas pun. For me, I tak suka sangat rasa sos dia. Macam mana rasa ? Korang cuba la sendiri, baru tahu. 
Sos : tak reti nak explain rasa dia macam mana, korang kena try sendiri
Fish cake : hurmmm, ok la kut
Rice cake : ok je, kenyal. 

MDT Green Tea ★★☆☆☆ (2 star)


Okay, yang ni air tea. Boleh tambah sebanyak 3 kali, if x silap. 
Rasa tu macam air tea la dan tak manis. Huhuhuhu. 

Itu sahaja yang Nabihah pernah mencuba. Daripada pemerhatian Nabihah ramai yang order Ramyun. Maybe sedap. Tak cuba tak tahu kan ? Insya-Allah, if ada rezeki boleh cuba yang lain pulak ! 



Rabu, 20 Disember 2017

Memori Terakhir

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Nabihah. ❤

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya, tamat juga pengajian selama 3 tahun di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) tapi sekarang sudah bertukar kepada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS). 

Perasaan ni memang gembira sebab da nak habis belajar tapi pada masa yang sama gak rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sekeliling. Tapi inilah kehidupan. Kita bertemu dan kita berpisah, hanya memori yang akan kekal di hati untuk selamanya. 


" Pada akhirnya, kita tidak akan ingat kata-kata daripada musuh, tapi kesepian tanpa sahabat kita " 😢


















Tahniah untuk kawan-kawan sekelas Nabihah kerana kita semua dah berusaha hingga ke hujungnya. I know a lot of memories has been created. Tak kisah la sedih ke, marah ke, gembira ke, sunyi ke tu memang lumrah kehidupan. Tanpa rasa tu hidup kita mungkin hambar kan ? Last but not least, this is us. ❤

Rx 6/67 Pelatih Penolong Pegawai Farmasi

Hadiah dari Huda for our Powerpuff Gurlz, terima kasih bebanyak ! ❤💋

Hadiah dari Ecah Bambam, dia bagi chopstik katanya kitorang suka makan maggi 😋

Sekian sahaja cerita untuk entry kali ini. Semoga persahabatan ni kekal selamanya walaupun tidak bertemu. I will miss all of you..... ❤