Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya, tamat juga pengajian selama 3 tahun di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) tapi sekarang sudah bertukar kepada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS).
Perasaan ni memang gembira sebab da nak habis belajar tapi pada masa yang sama gak rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sekeliling. Tapi inilah kehidupan. Kita bertemu dan kita berpisah, hanya memori yang akan kekal di hati untuk selamanya.
" Pada akhirnya, kita tidak akan ingat kata-kata daripada musuh, tapi kesepian tanpa sahabat kita " 😢
Tahniah untuk kawan-kawan sekelas Nabihah kerana kita semua dah berusaha hingga ke hujungnya. I know a lot of memories has been created. Tak kisah la sedih ke, marah ke, gembira ke, sunyi ke tu memang lumrah kehidupan. Tanpa rasa tu hidup kita mungkin hambar kan ? Last but not least, this is us. ❤
Rx 6/67 Pelatih Penolong Pegawai Farmasi
Hadiah dari Huda for our Powerpuff Gurlz, terima kasih bebanyak ! ❤💋
Hadiah dari Ecah Bambam, dia bagi chopstik katanya kitorang suka makan maggi 😋
Sekian sahaja cerita untuk entry kali ini. Semoga persahabatan ni kekal selamanya walaupun tidak bertemu. I will miss all of you..... ❤
ni kskb kt ipoh tu kan ? kawan saya ade sorang study sana. MA..tak silap dia baru sem 5
BalasPadamaah, kskb kat ipoh.
Padamowh ada kawan ke kat sana.. nama apa ? mana tau kut2 kenal..
nama azrul, ktrg panggil ayoi tapi tak tau la kot kawan dia kat sana panggil dia nama lain.
Padam