Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan

Ahad, 18 Disember 2016

My Resepi : Spaghetti Carbonara Simple


Assalamualaikum uoallssss !!

Hari ni sis nak share resepi sis yang paling simple, maybe ?
Simple yang macam mana tu ye ?
Haaa... simple sangat... simple untuk orang yang baru belajar masak macam sis ni...
Alaaa... sis ni time duk rumah selalu jadi pembantu chef kepada Ummi sis.

Tapiiii, spaghetti carbonara ni sis buat sendiri sebab impian nak jadi Chef kepada keluarga sendiri lak nanti. Amboiii... hahahaha...

Okay, okay.. 
Fokus kepada resepi ee.. 
Maaf la, cakap banyak pulak.



Bahan-bahan : ( untuk 1 orang )

  • 1 ulas bawang putih dihiris halus
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 5 sudu besar Sos Prego Carbonara
  • Segenggam Mee Spaghetti ( San Remo Brand )
  • Beberapa ketul ayam bahagian dada dikerat dadu 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air masak sedikit sahaja


Cara-cara :

1. Perap ayam dengan serbuk black paper sedikit sahaja untuk bagi rasa yang sedap.

2. Rebus mee spaghetti ( San Remo Brand ) selama 15 minit @ sampai korang rasa mee tu dah lembut. 

3. Tos kan mee spaghetti tadi dan gaulkan dengan sedikit marjerin @ minyak zaitun untuk elak melekat.

4. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. 

5. Masukkan ayam yang sudah dikerat dadu dan diperap tadi ke dalam kuali. 

6. Masukkan sos prego dan sedikit air.

7. Setelah siap, curahkan sos tadi ke dalam pinggan yang berisi mee spaghetti.

8. Siap !!! 


Selamat mencuba ! ! 

1 ulasan:

Terima kasih sudi komen ! =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh email ke wnabihah95@yahoo.com atau direct message ke FB Nabihah Malek BLOG