Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Sabtu, 25 Mac 2017

Kecantikan : PeriPera Lip Tint

Assalamualaikum and Sawadde (Hello) !!!

"Review ini tidak dibayar. Ini hanya pendapat peribadi. Kesan setiap produk mungkin berbeza untuk setiap individu.❤"

Okay, hari ni Nabihah nak share tentang lip tint yang Nabihah da lama sangat nak beli tapi masih tak jumpa,
but now... jeng jeng jengggggggggg !!!!

Biha da jumpa !!!!!
Tadi keluar pergi singgah Watson AEON KINTA, usha-usha nampak la satu brand ni PeriPera.
Terus terkam ! Hahahaha.

Alhamdulillah, langkah kaki kanan hari ni ada offer dalam RM3.00 kut potongan.
Harga less RM 28.53 daripada harga asal dalam RM 31.30 (yang ni lupa la).

Haaaa. Bukan main lagi sis pening tau nak pilih yang mana satu antara Cherry Juice @ Strawberry Juice.
Alahai, dua-dua colour cantik. Pening nak pilih ! Hehehe.

But at last, Nabihah pilih yang Cherry Juice.
Tadaaaaa !!!


Ni cover depan dia, menggunakan tema PowerPuff Girl ! Cantik an ? Dulu gambar lain.

Ni side dia, ni contoh colour lip tu.


Ni belakang dia, Made in Korea. 
Dia punya caption power "Beauty Heroes here they come"

Ni dia punya isi !

Sebenarnya dia ada 5 colour. Ni haa antaranya lah. Tadi yang Nabihah confuse ialah No.1 dan No. 5.
Tapi Alhamdulillah pilih yang no. 1 (Cherry Juice).

MY FEEDBACK  🌟🌟2/5
PROS :
  • warna menarik 


CONS :
  • terlalu kering untuk Nabihah mungkin sebab dia water-base


Okay, thats all. 
Sebarang pertanyaan boleh tanya kat ruangan komen atau email Nabihah.
Goodnight ! Ratri sawad ! 

Ahad, 5 Mac 2017

Kecantikan : NYX Produk yang Biha beli

Assalamualaikum dan Sawadde ( Hello ) !!!

Hari ni sis nak share pasal kecantikan sekali lagi.
Haaa, semua barang-barang NYX kat bawah ni, sis beli kat Sephora di AEON Klebang, Perak.
Yess !! Sis memang suka gincu matte NYX ni sampaikan sis pakai hanya bila keluar sahaja maksudnya time praktikal atau pergi kelas sis just pakai lip balm Nutrimetics je.

Okay, cuba tengok gambar-gambar yang sis dah upload ni.

Ni semua yang sis beli. Gincu dan Mascara. 
Mahal rupanya even sikit macam ni pun da boleh cecah RM 100 ++


 Yang ni mascara untuk bulu kening. Konon-kononnya nak warnakan jadi koko tapi bulu kening sis dah lebat so.. untuk yang bulu kening nipis tu lagi sesuai la pakai benda ni. 

Gincu 3 in 1 ni tak boleh pilih color yang kat dalam tu. Dia dah memang set macam tu, so korang try and error je la warna tu cantik ke tak.

Selain gambar yang kat atas tu, sis ada beli yang loose jgk 2 batang tapi sis lupa la nak snap gambar tu, yang pasti color Antwerp dan Verdana

Okay, thats all yang sis nak kongsi. 
Kalau ada papew soalan boleh tinggalkan komen atau hantar e-mel atau messenger FB sis.
Tapi messenger FB sis jarang sekali buka so, better e-mel la.

Kecantikan : Produk Shaklee yang Sis guna !

Assalamualaikum dan Helooo !!

Hari ni pulak sis nak share pasal produk Shaklee yang sis guna.
Sis hanya pengguna tapi bukan penjual ye.

Antara produk yang sis sedang guna sekarang ni adalah susu ESP ( Energy Soy Protein ).
Hurmmm, what do u think the taste of it ?
Sesiapa yang dah mencubanya pasti tahu bagaimana rasanya.

Yes, rasa macam soya tu agak kuat.
Nak tau macam mana kena try la sendiri.

Sis guna shaker sendiri sebab shaker Shaklee xde. 

Haaa, sis juga pakai pencuci muka Shaklee ni... memang best tau...
Lembut je rasa kulit muka lepas pakai.
Selain tu, sis makan juga supplement Vitamen E dan B-complex. 
Bagi sis, Vitamen E ni untuk parut dan Vitamin B-complex untuk kekal cergas dan bertenaga.


Okay, sis nak undur diri dulu.
Ada apa-apa boleh tanya sis ya ?