Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Isnin, 31 Disember 2018

My Konvokesyen !

Assalamualaikum, 

Sorry agak lambat untuk aku post pasal konvo ni...
Ye la, sayang kan kalau kenangan yang indah macam ni dilupakan dengan begitu saja. Jadi aku decide untuk post dalam blog lah. Here we go !

Alhamdulillah, setelah 3 tahun belajar Diploma Farmasi at Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS) yang dulu namanya Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS). A lot of hardship yang aku dah lalui tapi banyak juga kenangan manis yang aku terima. Biasa la kehidupan. Sebelum aku masuk KSKB SAS ni aku da pernah belajar di UiTM Machang sampai semester 4 kut. So x dapat nak merasa konvokesyen sebab x habis belajar. 

The past is the past. So this is my future.. 

Kitorang sidang pagi, start pukul 7.30 pagi babe.. memang kena datang awal lah kat kolej..



Sebelah kiri (yours) adalah bunga yang aku hadiahkan pada tunang aku masa dia konvo 2017.
Sebelah kanan (mines) adalah bunga yang dia hadiahkan untuk aku konvo 2018.
Sayangnya, bunga yang aku beli tu bunga hidup, yang aku punya bunga kait so xkan layu la. Heee..
Thank you babe.

Another gift from him, coklat ~ 

Kepada Ummi dan Abah : 
Terima kasih sebab telah banyak bersusah payah dalam membesarkan Nabihah. Nabihah harap Nabihah dapat membalas jasa Ummi dan Abah semampu Nabihah. Selebihnya semoga Allah membalas semuanya... Ummi dan Abah banyak menyokong Nabihah sehingga Nabihah menjadi kuat dan tabah mengharungi kehidupan yang mencabar ni. 

Kepada Encik Tunang :
Terima kasih juga sebab sudi datang dari KL ke Perak semata-mata untuk konvo saya. Saya tahu sebelum ni kita banyak bergaduh tapi Alhamdulillah awak banyak sabar dengan saya. Saya rasa sungguh gembira sebab awak dapat hadir pada hari yang bermakna saya. 
*Konvo Encik Tunang

*** Note to remember untuk perempuan : Jangan lupa sediakan satu slim bag kecil untuk korang pakai dalam baju jubah supaya korang dapat letak handphone dan kad akses masuk dewan senang ok ? 

Aku rasa setakat ini sahaja coretan aku. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi komen ! =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh email ke wnabihah95@yahoo.com atau tinggalkan pesan di chatbox