Utama Ilmu Komik & Novel Hiburan Kecantikan & Kesihatan My Resepi

Sabtu, 26 Mac 2016

Kesihatan juga salah satu rezeki daripada Allah.



Assalamualaikum uolls !!
Hari ni, aku nak share pasal rezeki daripada Allah kepada hamba-hambaNya.
Masya-Allah ! Rezeki Allah ni luas tau.

Ada pelbagai jenis rezeki.

Antaranya ialah :
1. Rezeki kesihatan
2. Rezeki harta benda
3. Rezeki ilmu pengetahuan
4. Rezeki kebahagiaan
5. Rezeki rupa bentuk
6. Rezeki makanan
7. dan macam-macam lagi. Tak terkira rasanya.

Alhamdulillah, Allah berikan aku kesihatan yang sihat pada hari ini.
FYI, 2 minggu yang lepas aku kena demam panas.
Astagfirullah, masa tu nak exam mid-term. Allah menguji aku disaat-saat yang genting.
But, aku bersyukur sangat dengan ujian yang diberikan itu aku rasa aku sedar yang aku dah banyak buat dosa-dosa dan lalai dengan duniawi.
Insya-Allah, dengan sakit ini Allah ampunkan dosa-dosa dan aku sedar aku telah banyak melupakan-Nya.

My experience is aku dah makan ubat Paracetamol (PCM) and antibiotik but still my demam x kebas-kebas.
Suhu still 38.7 ºC - 38.2 ºC and badan panas. Lepas tu, sakit tekak.
And the side effect aku makan anti-biotik Amoxicillin + clavulanic acid (Clamentin) is loya, diarhea (cirit-birit) dan ruam (rash) di dalam mulut.
Lagi la bertambah seksa. Nak makan pun tak lalu and aku boleh makan bihun sup je masa tu.

But, my lecture pernah cakap :

"Kesan teraputik lebih banyak daripada kesan sampingan ubat"

Maksudnya, kesan teraputik tu lebih penting dan perlu diambil kira daripada kesan sampingan sesuatu ubat.
Tiada ubat yang tiada kesan sampingan okay ? Alhamdulillah, selepas belajar dalam  bidang farmasi, aku banyak mengetahui tentang ubat-ubatan yang sebelum ni aku tak tahu pun.
Sebab, kadang-kadang salah satu faktor patient tak nak makan ubat dan pulangkan balik ubat di farmasi kerana takut akan side effect ubat contohnya macam aku la. Hahahahahaha.
Actually seronok meneroka ilmu Allah ni. Tak kiralah dalam apa-apa bidang sekalipun.

TAPIIIII.... anti-biotik kau kena makan sampai habis tau.
Kau mungkin rasa kau dah sihat tapi bakteria dalam badan still xmati sebenarnya and KALAU KAU STOP TANPA HABISKAN, bakteria akan jadi rintang (resistance) terhadap ubat and kau kena makan dos yang lebih tinggi bila kes ni terjadi. Haaaa... mana satu kau nak ? Jadi, makan la anti-biotik tu sampai habis tapi sekiranya ada alergi terus jumpa doktor, kay ?

Hurmmmm, so konklusinya.
Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada aku hari ini iaitu kesihatan yang baik. Dengan itu, segala urusan harian aku dipermudahkan. Alhamdulillah.

Aku pernah juga dengar Dr Muhaya kata "Kita kena cemburu dengan amal baik seseorang tu bukan dengan harta yang dia miliki"
Saya setuju ! hehehehe...

Pada pandangan aku, apabila kita dikurniakan harta yang melimpah ruah, of coz kita akan lalai pada Allah kan ? sebab kita rasa kita dah punya segala-galanya. Kita akan lupa diri, riak, sombong and so on. Tambahan pula, bila iman di dada tak cukup kuat konfem guna duit yang sedia ada ke jalan yang tak betul.
Walaubagaimanapun, kita doakan semoga sekiranya kita diberikan rezeki harta benda, kita tidak akan lalai, sentiasa bersyukur dan merendah diri. Dan jangan lupa, sebahagian harta yang kita miliki tu ada hak orang lain... jangan kedekut untuk bersedekah dan memberikan zakat okay ?

Okay, setakat ini sahaja coretan aku pada pagi yang indah ni.
Aku ingat aku nak buat research yang kena hantar hari Isnin ni tapiiiiii.... once aku bukak lappy and wifi ada ni...... urmmmmm... aku nak la update blog cikittt... hehehehehe... da lama xupdate....
Kay ! that's all... see u when I'm free !!
Assalamualaikum !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi komen ! =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh email ke wnabihah95@yahoo.com atau direct message ke FB Nabihah Malek BLOG