Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Ahad, 19 April 2020

My First Pregnant : 1st Trimister

Assalamualaikum.. 


Semoga semua pembaca yg baca blog ni sihat walafiat semuanya.. actually aku update blog tentang 1st trimister ni agak lewat.. sebab skrg ni Alhamdulillah aku dah masuk 2nd trimister.. tp xpe, kita update satu² ya 😇

Selepas test upt positif, aku meneruskan hari² seperti biasa sehinggalah pada suatu hari aku di uji dengan turun darah iaitu spotting.. Time ni aku dah sedih dan menangis asyik duk risau.. apa yg akan jadi dgn baby aku.. time ni aku kerja so aku pergi la hospital tempat aku kerja sendiri an.. aku pi jumpa doktor staff.. dia bagi appointment dgn klinik bersalin.. 

Sebelum aku pergi appt. dgn klinik bersalin, aku pergi scan dekat klinik private dulu sensorang and janin da ada.. doktor nasihatkan aku supaya jgn buat kerja berat².. and banyakkan rehat ketika 1st trimister ni.. so aku cuba kurangkan buat kerja berat² tp nak buat mcm mna sebab aku kerja di hospital so faham² la mcm mna.. bkn nya leh duduk je.. banyak bergerak then balik rumah urus diri pulak spt basuh kain and memasak.. coz I'm PJJ.. semua kena buat sendiri.. 


Time ni usia kandungan aku lebih kurang 5w 3d 😇
aku pergi scan kat Klinik Farah Diyana.. doktor dia sgt mesra dan positif.. bg aku kata² semangat and suh aku pergi buka buku pink da.. 

Lepas beberapa hari, spotting masih ada.. so aku makin sedih and aku pi la klinik bersalin bawa appt. yg doktor da bagi kat aku.. actually aku da xnak pergi sana sbb aku takut dia nak scan melalui 'bawah'.. sampai sana aku di soal mcm "apa yg berlaku and so on.. " then tiba la masa scan.. so scan la perut, doktor kata dia x nampak. Aku pom hairan kenapa doktor ni xnampak, padahal aku dah scan dekat klinik private.. memang terang² da nampak janin kecik mcm biji kacang tu.. pastu dia bgtau aku nak buat scan 'bawah'. Huh ! aku dah agak.. memang x la aku nk buat.. aku risau kandungan aku ni xkuat and bila buat scan 'bawah' tu membuatkan aku keguguran.. Nauzubillahiminzalik.. so aku refuse xnak buat.. time tu doktor tu mcm bengang jgk sbb aku degil.. 😅 pastu aku request appt. lgi 2 minggu mana tau nampak an.. so dia pom setuju la.. uhuk.. tp lepas aku buka buku pink, aku xpergi pom appt. tu.. heeee.. 🤫

Hari terus berlalu.. kadang ada jgk spotting turun tp aku positifkan diri bahawa kandungan aku okay.. pastu lepas beberapa minggu usia kandungan aku.. alahan muncul di mana aku xboleh makan nasi langsung.. tambah² nasi goreng.. Ya Allah.. nak muntah.. time gosok gigi pom boleh rasa nak muntah tau x.. huhuhu.. so memang pagi aku makan nasi sikit je kat kantin.. selalunya mmg xhabis.. malam kat rumah aku minum susu cicah biskut je or kadang roti 2 keping.. kesian perut aku.. lapar.. tp xde selera.. bila time pi check up kat Klinik Ibu dan Anak.. berat aku mmg turun 2kg kut.. uhuk.. sampaikan nurse tu tnya.. xmakan ke..  


Time ni baby da 16w 5d.. Alhamdulillah.. syukur.. semuanya selamat Ya Allah.. aku pi scan kat klinik luar  jgk sbb gmbr dia lebih jelas drpd yg kt klinik kerajaan tu mcm pudar sikit.. heee.. 😁

Alahan pulak berterusan sampai kandungan aku 20week jgk.. bru leh makan nasi mcm normal.. Alhamdulillah.. xberterusan lama.. aku igt aku x akan alahan sbb ummi aku msa time dia pregnant xde pom alahan.. huhuhu.. so ianya bergantung pada individu lah.. bukan keturunan.. 😅😂

Next aku akan update hat yg 2nd trimister pula ya.. 😉
Assalamualaikum.. 😘


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi komen ! =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh email ke wnabihah95@yahoo.com atau tinggalkan pesan di chatbox