Utama MySelf Ilmu My Games My Resepi Hiburan Komik & Novel Kecantikan & Kesihatan My Travel

Sabtu, 20 Disember 2014

Beauty : Fungsi Kondisioner Rambut

Assalamualaikum ! Hai, hari ni aku terpanggil-2 oleh blog Fly High ni nak tulis entry pasal fungsi kondisioner rambut. 

I know, mungkin ramai yang xtahu fungsi kondisioner rambut kan ? kan ? termasuklah anda, betul tak ? hahaha ! Baik ngaku cepat ! 

Sebenarnya aku pun xtahu sebelum ni, hahaha ! Tapi Alhamdulillah zaman canggih ni, aku search je kat internet and now baru aku sedar fungsi kondisioner rambut nih ! Aku dapat tips ni pun sebab aku pergi saloon tanya macam mana tak nak bagi rambut kering. Tambah-2 rambut aku ni dah makin panjang. Terima kasih ye mak cik saloon ! Tqvm !!

Dulu pakai then xpakai. Patut la rambut aku kering. Dah penat pakai minyak rambut tp hasil mcm tu jer. Now, rambut dah lembut ! Sukanya ! 

Cara pakai kondisioner rambut :

1. Selepas anda shampoo rambut dan cuci sampai bersih, sapukan kondisioner rambut terutamanya dari hujung rambut ke tengah rambut.  * Jangan sampai di kulit kepala ! 

2. Biarkan dalam 1-2 minit. 

3. Bilas dengan air macam biasa.

4. Korang akan rasa hasilnya macam mana nanti !! Hehehe


Beza kegunaan shampoo & kondisioner rambut :

Shampoo : Untuk kulit kepala

Kondisioner rambut : Untuk helaian rambut

Okay, itu sahaja perkongsian aku pada petang ni ! 
Selamat mencuba ! 

Ahad, 14 Disember 2014

Temuduga SPA : Latihan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak share pasal interview (iv)  SPA yg aku alami pada 5.11.2014 iaitu latihan penolong pegawai farmasi bertempat Kota Bharu, Kelantan.

FYI, aku dapat 3 tawaran, tp aku pilih penolong pegawai farmasi.

Antara yang aku dapat :

1. Latihan Juru X-ray
2. Latihan Juruteknologi Makmal
3. Latihan Penolong Pegawai Farmasi

FYI, kebanyakan dalam internet aku asyik jumpa iv tentang juruteknologi makmal, jururawat dan pegawai pembantu perubatan (MA). Antara ketiga-tiga ni mmg popular lah. Jarang sangat ada blogger-2 yang share pasal Penolong Pegawai Farmasi ni. Atau aku yg xjumpa. Hehe.

So, apa-apa pun aku tetap buat research jugak. Antaranya :
  • Nama Perdana Menteri
  • Nama Timbalan Perdana Menteri 
  • Nama Menteri Kesihatan **
  • Maksud bendera Malaysia
  • Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 
  • Tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi **boleh rujuk laman portal SPA
  • Nama dan jenis-2 ubat **
  • Kegunaan Ubat **
**soalan yg popular

FYI, aku memang xpernah ditemuduga sebelum ni, so aku banyak buat latihan cara-2 bercakap di cermin. Al-maklum la aku ni jenis yang bercakap pun halus manis. Hahaha, kadang-2 tu mungkin mcm berbisik kalau bercakap. Ni jugak untuk persediaan dari segi keyakinan diri a.k.a self confidence.

Okay, sekarang kita teruskan dengan pengalaman aku semasa ditemuduga.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku ingin kongsikan pengalaman ini. Semoga bermanfaat.

Akhirnya, setelah hampir 4 jam aku tunggu. Giliran aku sudah tiba.
Sebelum giliran aku tiba, aku berdoa pada Allah, semoga Allah mempermudahkan urusanku.
Aku baca surah Taha, ayat 25-28.
Ayat ni aku memang hafal masa aku di UiTM lagi. Especially bila ada speaking practice @ speaking test.


Pendek je kan ayat ni ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay.
Sebelum masuk bilik temuduga.
Aku ketuk pintu 2 kali sederhana kuat.

"Masuk" - kata penemuduga dari dalam.

Aku pun masuk. Bagi salam sebab dua-2 muslim sambil senyum. Maniskan muka. Hehe.
Aku berdiri seketika di tepi kerusi lepas tu penemuduga 1 minta fail.

*P1 = Penemuduga 1  P2 = Penemuduga 2

P1 : "Fail anda ? "

*Hulurkan fail tu dalam keadaan penemuduga terus boleh baca.

P1 : "Anda boleh duduk."

Aku : "Terima kasih, Tuan."

sementara tu, P1 tu check my resume dan P2 check fail aku.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah, awak ni belajar di UiTM. Tentu Cik Nabihah ni belajar dalam Bahasa Inggeris kan ? Sebab UiTM. So, could you please introduce yourself ? "

Aku : So, aku pun intro la dalam BI. Nah, nasib baik aku prepare jugak introduce dalam BI. ( Antaranya nama, umur, jumlah family, pekerjaan family. )

P1.  : "Urm, Cik Nabihah belajar kos Sains Matematik dan dah 3 semester bermaksud 1 tahun setengah dah belajar, agak jauh juga dengan farmasi ni. Kenapa Cik Nabihah pilih farmasi ni ? "

Aku : Jawab la sebab-2 aku pilih kos ni. Korang prepare la alasan korang bagi yang dah belajar tu.

P1 : "Dalam ahli keluarga Cik Nabihah ada ke paramedik ? "

Aku : "Ada tuan, iaitu abang saya. "

P1 : "Ooo, bahagian apa?"

Aku : "Bahagian MA, Tuan."

P1 : "Ooo, MA. Abang awak kerja di mana ? "

Aku : "Johor, Tuan."

P1 : "Sekiranya Cik Nabihah kerja nanti, tidak semestinya Cik Nabihah boleh tinggal dengan abang di Johor. Mungkin di Sabah atau Sarawak. Adakah Cik Nabihah sanggup ? "

Aku : Jawab alasan dengan munasabah okay ? ( Dah memang confirm semua org akan jawab sanggup kan ? I'm right ? )

P1 : "Adakah kedua ibu-bapa Cik Nabihah sokong ?"

Aku : "Sokong, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, Cik Nabihah. Ada ahli keluarga paramedik ?"

Aku : "Ada, Tuan. Abang saya."

P2 : "Owh, tadi. MA kan ? "

Aku : "Ya, Tuan." -sambil senyum. Hehehe.

P2 : "Baiklah, apa tugas dan tanggungjawab seorang penolong pegawai farmasi ? "

Aku : "Tuan, tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi ialah ..... * ada dalam laman portal SPA --> sini "

P2 : "Lagi ?"

Aku : "Selain itu juga, pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pesakit."

P2 : "Selain tu juga, membantu di dalam penyediaan stok-2 ubat."

P1 : "Cik Nabihah, macam mana kalau penolong pegawai farmasi tu tersalah bagi ubat ? Boleh ke kita saman dia ?"

Aku : aku cakap la boleh sebab ianya melibatkan nyawa orang. so, wajar kalau kita saman. aku pun cerita juga psal seorang ibu ni bagi ubat yang dah luput tarikh dan sekarang 2 orang anaknya koma. *Ini aku terbaca dalam buku i-sihat. Alhamdulillah, bermanfaat. Hehehe.

P1 : "Tapi tu ibunya. Maknanya bahaya la kalau kita tersalah bagi ubat kan ?"

Aku : "Ya, Tuan."

P2 : "Cik Nabihah, ada apa-2 lagi nak beritahu atau tanya ?"

Aku : aku ucapkan terima kasih dan minta bgi peluang. Hehehe. Yang penting tunjukkan kesungguhan korang. Prepare awal-2 ayat korang.

P2 : "Okay itu saja. "

P1 : "Owh, sebelum tu Cik Nabihah, awak kenal tak Menteri Kesihatan sekarang ?"

Aku : ok, search dlam internet ok ?

P1 : "Owh, bukan XXXX ?"

Aku : "Tak, Tuan." -Sambil geleng kepala. Sempat lagi dia buat lawak. Haha, masa tu diorang ketawa kecil. Aku senyum-2 je.

P1 : "Baiklah, Cik Nabihah boleh ambil fail ni."

Aku : "Terima kasih, Tuan." -sambil tunduk hormat sikit.

Alhamdulillah, rasa macam urusan aku dipermudahkan. Dan sekarang tunggu keputusan lulus ke tidak pula iaitu 8.12.2014.

Yang penting, hubungan kau dengan Allah kena jaga, hubungan dengan ibu bapa, selain tu solat hajat pun penting. Tapi kalau tak dapat, jangan give up. Mungkin rezeki korang di tempat lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu juga, aku jumpa dengan perujuk peribadi.
Tentang Hj Boniy Amin Yusof.

Hj Boniy Amin Yusof
PT 124, Pekan Jelawat,
16370 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel/Fax : 609-778 7788
H/P : 019-981 4122
Rum : 609-778 7789

Aku dah post dah pasal beliau sebelum ni. Korang leh tekan SINI.
Dan sampai sekarang aku masih jumpa dia.
Alhamdulillah, dengan pertolongan beliau bnyak sangat membantu.
Tambahan pula, aku ni ilmunya cetek sahaja, tidak berpengetahuan luas. Apa salahnya kita rujuk orang yang lebih berilmu daripada kita kan ?

"Nak seribu daya, tak nak seribu dalih"

Betul tak ?
Bagi area Kelantan lagi senang sbb xjauh sangat. And masa aku jumpa dia. Ada student dari Kuala Lumpur, Pahang and so on sanggup naik bus or flight untuk berjumpa dengannya. Tapi, kalau nak tahu lebih lagi call la dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, 2 Disember 2014 keputusan temuduga keluar.
Urm, penempatan tempat latihan aku dapat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak.

Sejujurnya, aku mmg nerves ah, sebab dah lama tggal subjek kimia and sains ni.
Okay, itu sahaja.
Tulis panjang-2 nnti pointless plak.
Semoga bermanfaat & selamat maju jaya !

Jumaat, 21 November 2014

Anime : Gekkan Shoujo Nozaki-kun

Assalamualaikum ! Yosh !
Okay, malam ni aku nak share citer anime yang paling TOP lawak punya !!
And aku confirm korang akan gelak kalau korang faham jalan cerita dia. Hahahaha !

Ok let's start ! Yosh !

First, genre dia.

Genre : Comedy, Romance, School, Shounen

sumber : sini 

Antara part yang paling lawak : XD

sumber : Tumblr



Serius, lawak ! Pada mulanya Chiyo (heroin) malu sebab berbasikal mcm tu. Tapi last-2 dia pula yg ajak Nozaki (hero) ! XD

Next part ni : XD

sumber : Tumblr 

sumber : Tumblr 

Ok, hope u watch it.
Depends on my opinion, I give rate 10/10 also. >_<

Selasa, 18 November 2014

Anime : Kamisama Hajimemashita

Assalamualaikum and Moshi-Moshi (Hello) !
Hai, sementara aku sambung layan anime balik, aku nak post satu cerita yang best yang aku dah lepas layan.

Okay, tajuk dia macam yang tertera dekat atas. Serius, anime ni aku boleh bg rate 10/10 !
Hahaha.
Genre dia pun sesuai.

Genre : Comedy, Demons, Shoujo, Supernatural, Romance, Fantasy

Aku paling suka watak Tomoe. Haha, hero and heroine memang sepadan !


First time, aku tgk Tomoe berambut panjang !
Arghh !! XD * nak pengsan

*macam anime kat atas ni XD

Patut la Nanami pun terpana seketika tgk Tomoe.
Tambahan lagi, pakai baju traditional macam tu. Hahaha. Serius, handsome. XD


Yang ni masa Tomoe kena sumpah jadi Chibi ! Oh my, Chibi pun masih cute ! XD


Seriusly, diorang sepadan.
Tapi... demon dan human ni boleh ke ? Huaaaaa...
Apa-apa pun ini anime semata-mata.
Tiada kaitan dengan realiti ok ?


Antara babak-2 yang lawak. Hahahaha ! XD

Serius, xrugi korang tengok. Memang aku reccomend anime ni.
Mesti bila tengok, rasa nak re-watch balik. K bye-2 ! Aku nak layan anime lain pulak !
Nikmati cuti semester sementara masih ada !

Sabtu, 15 November 2014

Rotate Video Guna VLC Media Player

Assalamualaikum.
Hai, rasanya aku nak share cara-2 nak rotate video.

Biasanya korang ambil gmbar x tahu pun yg mana betul kan?
Nah, oleh itu korang boleh tgk video dekat bawah ni.
Just 23 SAAT SAHAJA !
K, selamat mencuba !


*FYI, this video not mine. I got it on Youtube. 

Pemandangan Bandar Pada Waktu Malam

Assalamualaikum ! 
Hai, hari ni aku nak citer pasal favourite aku. Hehe

Urm, skrang ni kan musim hujan. 
Tambahan pula, family aku suka juga keluar malam-2 pergi makan kat kedai.


Apalagi, aku pun menikmati panorama malam di bandar. 
Ya Allah, rasa mcam bahagia je dapat tgk sekeliling. 
Dengan lampu-2 bangunan yang terpasang. 
Suhu waktu malam yang sejuk.
Tengok orang-2 yang duk kat luar.
Kekadang tu rasa macam best juga kalau dpt tahu apa yang diorang tengah buat tu.
Baca fikiran diorang ke. Hahaha. 


Tapi, xpe lah. Tak nak pun. 
Jangan risau.
Next, sambil-2 tu aku duk bayangkan yang aku sedang jenjalan di luar negara. Haha. 


Ok, jgn spoilkan mood aku ok ? 
Suka hati orang la nak berangan pun. Hahaha. 


Dan bila duk dalam kereta (bukan aku yang pandu), lagi lah rasa nak duk lama jer dalam kereta. 
Tak nak balik rumah. 
Nak tengok dunia waktu malam. 
Lagi best kalau waktu tu bulan penuh; cerah. 
Serius, cantik. Subhanallah. Rugi x menikmatinya. 


K, that's all. Bagi korang yang ada favourite day tu, boleh la komen apa yang korang suka. 
Nak tahu jugak ! Hehehe. 

Rabu, 12 November 2014

Anime : The Corpse Bride


Assalamualaikum !
Hai, malam ni aku nak share cerita pasal Anime : The Corpse Bride.
Serius, aku baru tengok semalam dalam siaran Astro HBO.
Actually, cerita ni dah lama keluar dalam tahun 2005, kalau x salah aku la.


Cerita dia mmg best ! I like !
Mengisahkan tentang mayat pengantin perempuan yang berkahwin dengan pengantin lelaki yang masih hidup.
Perkara ni berlaku sebab salah faham.
Urmm, nnti korang tengok lah sendiri.


Masa aku dengar lagu Tears Of Shed yang Emily nyanyi.
Siot sedih. Rasa macam hati aku dicarik-carik jer.
Erghh, okay. Aku kalau tonton cerita mmg overfeeling. Tapi serius.
Jalan cerita dia best.


If I touch a burning candle I can feel no pain
If you cut me with a knife it's still the same

And I know her heart is beating

And I know that I am dead
Yet the pain here that I feel
Try and tell me it's not real

For it seems that I still have a tear to shed

Teamare Vol 2 by Ben Wong

Assalamualaikum !!
Okay, setelah hampir 5 bulan aku tunggu.
Now, Teamare Vol 2 by Ben Wong dah keluar !
( Teamare Vol 1)
Apa lagi tanpa fikir panjang terus beli.
Hanya komik Ben Wong jer aku xakan fikir banyak kali. Hahaha.

Masa aku duk usha-2 pasal komik Ben Wong ni. Aku jumpa sketch ni drpda Ben Wong khas utk peminatnya. Thanks Ben Wong. Really beautiful.


Serius cantik giler lukisan dia. 
And this is my collection : 


FYI, aku jaga komik aku rapi giler. Contohnya, plastic dia aku xbuang. Simpan elok-2. Haha.
Okey, xsabar tunggu yang seterusnya !! 

Ahad, 9 November 2014

Fall In Love With Epik High



Assalamualaikum uoals !!

Okay, hari ni aku nak share pasal EPIK HIGH.
Korang kenal tak ? Kenal ? Tak kenal ?


Tak pe. Tak pe. Aku pun baru jer kenal ; 2014.
Macam mana aku kenal ? Sebab aku tengok rancangan The Return of Superman episod ke berapa entah. Masa tu rancangan tu tunjuk pasal ayah Haru ; Tablo dari kumpulan EPIK HIGH buat show.
Lepas tu, aku try search internet lagu diorang. Pergh! Terus jatuh cinta ! >_<

Antara list lagu yang Tip-top aku minat :

1. Run

2. Spoiler + Happen Ending

3. Happen Ending

Try la dengar. Pleaseeee. Pleaseeee. Hahaha.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Beauty : Contact Lens (CL) Playboy

Assalamualaikum !
Hai, hari ni aku nak share pasal CL yg aku pkai.
Aku pakai pun bukan suka2 nak pakai tau tp yg berPOWER.
Yew la, dah rabun kan, kalau aku xrabun aku mmg x akan pakai dah CL ni.
Tapi yup, pakai CL ni bukan mudah. As a user, kau kena jaga elok2 tau jangan ambil mudah jer.

FYI, first time aku pakai CL masa 2011 masa umur aku 16 tahun lagi, tp time tu ilmu jagaan aku tentang pakai CL ni masih low dan aku pun xsesuai pakai jenama XXXX . Lepas tu aku janji dah yg aku xnak pkai dah brand tu ! Plus masa tu aku xtau cara nak pkai CL ni, apalagi merah la matanya.
So, lpas 2 kali pkai aku give up. Lama2 CL tu kering air dan aku buang.

At year 2014, setelah 3 tahun . . .

Dalam bulan 6 abang aku nak kahwin, so aku bagitau Ummi aku yang aku nak pakai CL nnti majlis kahwin abang aku nnti sebab susah la nak pakai spec ni. Hahaha !
Ummi aku on jer, tp abah aku hurmmm kemain lg dia cakap keburukan pakai CL ni.

Yes, I admit it. So, aku gerun jugak lah. Oleh itu, aku ambil langkah berhati2. Sebelum beli CL, aku banyak buat search dekat internet cara2 nak pkai, nak cuci, nak buang, nak simpan and etc.

So, aku pun pi kedai cermin mata. Aku survey2 masa tu, aku still nak beli yg jenama XXXX yg first time aku pakai dulu. Tp dengan izin Allah, jenama XXXX pada masa tu xde power yg sesuai dgn mata aku sbb hbis stok.

So, saler tu pun suggest la brand PLAYBOY ni. Aku pun on jer sebab nak try. Dah dia kata produk baru an. Harga dia boleh tahan juga la RM 40.00 sekotak.

Alhamdulillah, selesa sgt2 pakai. Nak buang pun senang. Bila pakai pun, dia x move rata2. Lepas tu cukup 2 bulan aku da xberani da nak pakai sbb dia monthly just for one month. Aku pakai lebih sebulan. Haish, jangan amalkan sikap ini ye dear CL users.

***PLEASE JANGAN PAKAI LEBIH DARI 3 BULAN!!!***

Sayang bnyak mana pun kau dekat CL tu kau kena buang. PLEASE SAYANGI MATA ANDA !
Lepas tu, masa hari raya haji tu aku try la nk pakai brand yg lain. Harga dia murah la RM 28.00 sekotak. Tp... YA ALLAH, takut giler aku dgn CL ni, everytime aku pakai dia asyik move je, aku bimbang dia akan hilang dr mata jer. FYI, masa kita nk pakai CL kita akan cuci terlebih dahulu, so aku dpt rasa la masa nk cuci ni dia lain macam. LICIN! Too SOFT maybe. Macam jelly gitu. But really different with PLAYBOY, sgt selesa. Lepas tu, brand XXXX ni 3 times aku pakai, masa nak buang tu, CL ni koyak !! oh NO! Aku rasa okey, ada baiknya juga ko koyak, aku pun xnak pakai da jugak. HAHAHA.

So, aku gi kedai cermin mata, aku beli yang jenama PLAYBOY again. I janji I akan setia dengan you. Tak akan cari yang lain dah. Promise. HEHEHE.
*Even harga dia mahal sikit pun, aku xkisah. Yang penting SELESA. Beza pun xmahal sgt.


Okey, satu lagi yg aku minat pasal CL PLAYBOY ni. Cuba kau tengok pic atas ni.
Yang kelabu tu brand XXXX and yg brown tu jenama PLAYBOY. Yang kelabu tu nmpak macam FAKE je bila kau pkai but yg brown tu corak dia bila kau pakai nmpak more natural bg siapa yg xsuka overdose la. FYI too, aku xsuka pakai wrna BIRU, KELABU, HIJAU or yg pelik2. Aku lebih suka wrna yg natural sesuai dgn orang ASIA. =)

Dan CL PLAYBOY ni ada 3 color sahaja :



1. Secret Black     2. Sweet Choco     3. Honey Gold

**Aku pakai yang Honey Gold =)

Okey, itu sahaja tentang CL favourite aku hari ni. Nanti aku akan share dgn korang tentang penjagaan pakai CL pula ! See you later !

Rabu, 22 Oktober 2014

Gincu Red Valvet (AVON)

Assalamualaikum ppl !

Okay, skrang aku nak share salah satu alat kosmetik yg aku pakai, lipstik ! 
Actually lipstik ni mmg sgt2 bagus utk bibir. 
First pakai yg sample pun aku da jatuh cinta, then terus follow up beli yg baru.

Lipstik ni kalau pakai pun bibir kita xakan kering sbb dia ada kolagen, vitamin E, Phytol, vitamin C, SPF 15 & 50% bahan melembap.

Warna dia pun menawan. Tak over sgt, tp it depend on bibir pemakai juga. 

Ultra Color Absolute Lipstick 3.6 g 

Tukar Template

Assalamualaikum,

Haish, kemain lagi aku pening kepala sebab tukar template yg dulunya guna blogskin kpd simple template. Rasanya guna blogskin lagi senang tp aku xsuka sbb guna blogskin archieve hierachy tu xsama mcm simple template punya. So, aku decide utk edit balik. Alhamdulillah, simple pun dah ok.


Kekadang tu kalau dah start edit blog ni mmg makan masa berjam-jam la. Bikin kepala aku sakit ! Mata pun duk fokus kuat sgt dekat code2 yg halus milus ni ! Haish. Sabar je la. Hurm. Apa-apa pun aku puas hati sbb blog aku kmbali guna simple template. Biar lah simple pun yg pnting isi yg nk disampaikan kut ? Hahaha ! But kalau ada CADANGAN or KOMEN tentang apa2 jgn lupa kongsi2 la jugak erk ?? Hehehe. Jasa mu amatlah ku hargai.

Khamis, 25 September 2014

Semua harga barang naik .



Assalamualaikum.

Hai semua, serius aku dah lama aku xupdate blog ni.
Entah ar, rindu tu rindu cuma kalau nak post entry dlm blog ni mesti aku kena buka lappy dulu.
Argh malas la wei..
Sekarang ni handphone pun da penat nak layan.
Wechat, wassap, twitter and Insta. So kesian dekat blog aku ni,

Ok pasal tajuk tu aku rasa macam tertekan la juga an. Semua barang da naik.
Yang terkejutnya masa aku nak beli komik 2 hari yang lepas dekat 7E.

Hajatnya nk tgk sinopsis, and tgk harga ! Woiiit !!
Mahal giler !
Biar betik ??
RM 10.00 ??
Terkejut sgt2. Dulu drpd RM 6.50 kepada RM 7.50 aku rasa leh tahan lg.
Tapi ni RM 10.00 ??

Okay, so jap lg nak beli tu mungkin fikir2 la dulu.
Life as student ni faham2 la.. makan pun lepas2 jer... k bye.. sedih sebenornya...
Buku komik aku dah mahal... sob... sob... sob...

And harga roti pun da naik. Dulu RM 2.60 jer tp sekarang da RM 3.00 .
Nanti aku umur 20-an entah2 lagi mahal.

Satu jer aku nak nasihat. Belajar la or kerja la rajin2.
Nanti susah hidup.

Salam sayang,
Student life

Khamis, 31 Julai 2014

Gu Family Book (Korean Drama)

Assalamualaikum !
Okay, looks like I still have a time to write a journal. Hehehe.
Ye la, cuti raya or mid-sem ni dah nak expired dah. Sabtu ni dah kena balik kampus.
Aaaaaaa.... xnak !!!! Tapi kena pergi juga. Redho saja lah ! :erk?:

Hurm, so cuti puasa hari tu aku layan drama Gu Family Book !
Oh my... aku betul-betul suggest dekat korang supaya tengok drama ni. Best giler!
Aku boleh bagi 5 bintang !!! :cool:

FYI ada part2 yg betul2 buat aku menangis tau. Serius rugi kalau korang x tengok.
Nak tahu lebih lanjut lebih baik korang tengok sendiri la. Hehehe.
Actually aku suka bahagian Wol Ryung (Choi Jin Hyuk) dan Seo Hwa (Lee Yeon Hee).
Tapi part Lee Yeon Hee berlakon tu xbanyak sgt. Aku suka tengok dia berlakon. Natural look gitu.



Wedding of fairy tale :face15:


Tapi sayang. Seo Hwa khianat cinta Wol Ryung. Erh, I'm so pity for Wol Ryung. Because of her, he wanted to become human. He do not want to become a guardian anymore. :waaa:



Serius, part ni la aku menangis tau sebab Seo Hwa masih hidup rupanya dan dia betul2 cintakan Wol Ryung. Tapi dia lambat sedar yang dia cintakan Wol Ryung. Ahhh !! Part ni buat aku menangis siot !!
This is true love ... hua !!! :cry:




"NOO !! " - Wol Ryung 


"I don't hate you. I just miss you." - Wol Ryung 

Ahhhh... this scene make me cry tooo.... :cry:


At last, Wol Ryung become normal back. His coat turn to white back.

Okay, that's all. Hope you watch it !


Ahad, 4 Mei 2014

My Recipe : Aiskrim buatan sendiri

Assalamualaikum dan Hai kepada semua blogger !
Fuh, sejak lama menyepi sebab xde event hot2 so blog dibiarkan sudah begitu lama erk ??:cry:
Okay, sekarang straight to the point .
Pada hari ini aku ingin kongsikan cara nak buat ais krim sendiri !
Mudah jer tau ! :blink:
Ni versi orang yang xde mesin Baking Stand Mixer tuh or seiring dengannya .
Whatever lah .
So, aku gantikan guna mesin blender .
Oh, sebenarnya ni idea kawan aku sebab aku terkejut dia guna mesin blender jer ?
hahaha . terima kasih untuk info ini . :lol:
BTW jom usha skunk ! Ayok !! :cool:

Bahan-bahan :

# 1 tin susu cair
# 3 sudu besar susu pekat
# 1 biji telur
# 1 sudu tea esen vanilla
# 1 sudu besar ovallet
# perasa (ikut suka = biskut / koko / vanilla or else )

Bahan2 ni aku beli dekat kedai jual bahan bakery jer . 
Senang berbanding you pergi Mall tau . :tink:
* Sebenarnya dalam gambar tu aku lupa masukkan telur . 
Hahaha ! Tapi korang jangan lupa ok ? :face17:

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan tu dalam mesin blender .

2. Blend jer semua tu dalam masa 10 minit (maybe) tapi jangan berterusan sebab you guna mesin blender . So, pandai2 lah stop2 kejap . Then, sambung balik sampai lah 10 minit . 

3. Next, masukkan perasa yang korang nak masukkan tu ke dalam bekas . Gaul untuk sebati dalam bekas tu .

4. Siap ! Letak dalam fridge dan keesokannya boleh la menikmatinya . 

Okay. That's all . Selamat mencuba ! Senang sahaja ! :wink: